Apa guna penyatuan Melayu jika masih berebut kuasa

SAUDARA PENGARANG,

KEMPEN penyatuan orang Melayu bertujuan mempertahankan hak kedudukan istimewa mereka dan kesucian agama Islam dengan tidak menyentuh mana-mana kaum lain menyaksikan momentum yang amat baik di seluruh negara.

Melihat situasi negara hari ini, semakin ramai orang Melayu bersetuju dengan agenda ini.

Kini pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri akan berlangsung 12 Ogos ini.

Dengan sokongan orang Melayu yang semakin bertambah, mana-mana parti politik yang membawa agenda sama, besar kemungkinan mendapat sokongan dan seterusnya berpeluang memenangi PRN ini.

Sebagai manusia biasa, tidak dinafikan setiap daripada kita mempunyai keinginan tertentu.

Maka, kedengaran suara-suara angkuh yang mengaku cukup kuat, tidak perlu yang lain bersama-sama untuk menempuh PRN kali ini. Inilah sifat-sifat yang akan membawa rebah.

Setelah melihat adanya peluang yang sungguh baik, perasaan angkuh, tamak dan dengkimendengki mula timbul dalam diri masing-masing.

Perjuangan yang asalnya tadi jujur akan berubah kepada mencari peluang bagi diri sendiri. Ingatlah, walau segala apa perancangan kita buat, pastinya perancangan Tuhan adalah yang terbaik. Kejayaan itu belum tentu, ditambah pula dengan perasaan hasad dengki yang menyelubungi diri.

Banyak lagi perlu diusahakan dan memerlukan pengorbanan untuk betul-betul dapat menyaksikan orang Melayu bersatu. Jika kita membiarkan diri diselubungi sifat-sifat dan sikap negatif, tiada gunanya penyatuan ini sekiranya ia berakhir dengan masing-masing berebut kuasa dan peluang.

Jika disebut Melayu mudah lupa, ramai yang melenting. Tetapi hakikatnya, bagaimana?

Hayatilah perkara-perkara yang tercatit dalam Proklamasi Orang Melayu terutama Perkara 11, iaitu justeru kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri sementara Perkara 12 adalah bertautlah semula, demi agama, bangsa dan negara.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Hanya jambu dan air sungai yang menjadi pengalas perut selama dua minggu, sebelum seorang lelaki termasuk seorang kanak-kanak yang hilang di kawasan Ladang Usahawan Borneo Burmas berjaya diselamatkan semalam.

Mangsa Iwan Musakir, 33, dan Al Fajriada, 11, ditemui oleh orang awam pada pukul 9 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya dimaklumkan kedua-dua mangsa ditemui oleh orang awam ketika pasukan penyelamat hendak memulakan operasi SAR.

“Seterusnya mangsa dihantar ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) berjumpa dengan ahli keluarganya.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa bagi memastikan mangsa dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi.

Jemishin berkata, hasil maklumat daripada pihak polis jarak dari mangsa dipercayai masuk hutan ke tempat mangsa ditemui 7.5 kilometer.

“Mangsa dikatakan dapat mampu meneruskan hidup dengan minum air sungai dan memakan jambu di tepi sungai.

“Mangsa mengatakan mereka terdengar suara pasukan penyelamat dari tepi ladang lalu keluar dari hutan sebelum ditemui oleh orang kampung,” katanya.

Menurutnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1 tengah hari semalam.

Terdahulu, Iwan dan Al Fajri keluar berburu secara berkumpulan seramai lapan orang di hutan berhampiran ladang berkenaan pada 24 Jun lalu.

Bagaimanapun, mereka berpecah dalam beberapa kumpulan ketika berada di dalam hutan, sebelum mangsa disedari hilang.Usaha mencari mangsa telah dilakukan oleh rakannya, namun masih belum ditemukan sebelum laporan dibuat pada 29 Jun lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker