Abby gaduh dengan Norman? (Video)
Buat Parodi ‘Perempuan Itu’, Abby Abadi & Norman Hakim Dikata Imbau Memori Lama
Abby gaduh dengan Norman? (Video)
Drama arahan Erma Fatima yang dahulu menjadi kontroversi, Perempuan Itu kini mendapat pujian ramai kerana mengangkat darjat seorang wanita yang dicurangi oleh suami sendiri.
Trending sepanjang ia ditayangkan, drama lakonan Mimi Lana dan Zul Ariffin itu hangat dibualkan di media sosial malah ramai yang turut mengikuti trend voice over babak dalam drama tersebut.
Bukan hanya penonton namun ada juga selebriti lain yang tidak melepaskan peluang untuk mengikuti trend di TikTok tersebut dan video Norman Hakim dan Abby Abadi meraih perhatian warganet.
Menerusi voice over itu, ia merupakan skrip di mana watak utama iaitu Khalish lakonan Mimi Lana sedang berdialog melepaskan kemarahan kepada suaminya, Emir yang dilakonkan oleh Zul Ariffin.
Awak asyik tipu, tipu, tipu saya lagi, Saya sekarang ni, saya rasa hilang semua benda Emir. Semua!”
Menjengah ruangan komen ramai warganet yang terhibur namun ada yang turut mengimbau tentang kemelut rumah tangga pasangan tersebut suatu ketika dahulu.
Ada yang berseloroh dan berkata skrip serta lakonan tersebut sudah seperti sama atau kena mengena dengan kehidupan realiti mereka di saat mereka dalam proses berpisah.
Abby bagaimanapun meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang andaian tentang apa yang berlaku melibatkan rumah tangganya bersama dengan Norman sebelum ini.
Katanya, ketika itu dia hanya mahu berjumpa dengan bapa kepada anak-anaknya dan bukanlah bertujua untuk menyerang aktor berbadan sado tersebut.
Untuk rekod, Norman dan Abby berkahwin pada 2002 namun bercerai pada 2009 dan hasil perkahwinan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.
Meskipun pernah berlaku episod hitam dalam rumah tangga namun mereka berdua bersama pasangan masing-masing kini berkawan baik dan mengekalkan silaturahim. Bn
[videopress OBR0Zkt3]Abby gaduh dengan Norman? (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Tuduhan Aliff Syukri, Kadir serah kepada peguamnya
- Saya bukan boneka DAP – Anwar bidas Mahathir
- PH-BN yakin tawan 2 negeri pembangkang – Anwar
- SPRM kesan ejen minta rasuah RM18,000 di KLIA
- Tok Mat minta semua akur dengan pembahagian kerusi
- Bella Astillah takut cakap soal cerai
- Dakwaan Mahathir berkait Perlembagaan Persekutuan fitnah – pengamal undang-undang
- Jual karipap dapat RM80k sebulan
- Lelaki biadab lawan arus, tunjuk jari tengah ditahan
- Semua keperluan dibiayai, lelaki bujang ajak ‘dating’ dengan ‘makcik’
- Kereta terbang akhirnya dibuka untuk tempahan
- Tragedi Jeram Mawar, penduduk Kampung Air Putih akui tidak akan ‘berkelah’ disitu
- Syamsul balik rumah ayah atau tidak?
- Shuib naik angin dituduh ahli Freemason
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat
Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah
Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)
Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)