Tun Hussein Onn mengaku silap besar pilih Mahathir

Tun Hussein Onn mengaku silap besar pilih Mahathir

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu.

Serangan terbaru Dr Mahathir Mohamad mendorong Lim Kit Siang mengenang kembali pengakuan bekas presiden Umno dan perdana menteri Hussein Onn mengenai “kesilapan terbesarnya dalam hidup.”

Kesilapan penilaian ini yang mengubah hala tuju negara, menurut veteran DAP itu, telah meletakkan Dr Mahathir di landasan kekuasaan.

“Perdana menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussein Onn, memberitahu saya selepas persaraannya pada tahun lapan puluhan yang kesilapan terbesar dalam hidupnya adalah menjadikan Mahathir sebagai timbalan presiden Umno pada tahun 1976 yang telah membolehkan Mahathir menjadi perdana menteri sebanyak dua kali selama hampir suku abad,” katanya.

Lim berkata ini membolehkan Mahathir menjadi perdana menteri sebanyak dua kali dari 1981-2003 dan 2018-2022.

Namun, perlu diingatkan Mahathir menjadi perdana menteri kali kedua kerana sokongan PH.

Sementara itu, Lim berkata Hussein pada ketika itu “silap” memilih Mahathir berbanding Ghafar Baba, Tengku Razaleigh dan Ghazalie Shafie selepas tempoh ketidaktentuan selama enam minggu.

Lim membangkitkan hal ini apabila Mahathir mendakwa mempromosikan Malaysia yang majmuk melanggar Perlembagaan Persekutuan dan memomokkan DAP sebagai ‘ancaman’ terhadap negara, Melayu dan Islam

Lim juga mengulas dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa DAP, dengan 40 ahli parlimen mempunyai pengaruh kuat ke atas Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.

“Mahathir amat salah sama sekali.

“Adakah DAP, yang ada 42 orang Ahli Parlimen selepas Pilihan Raya Umum 2018 – angka yang lebih besar berbanding dengan sekarang – mengugut Mahathir selama 22 bulan dia mengetuai kerajaan Pakatan Harapan untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi negara?

“Semasa Mahathir bercakap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan September 2018 dan berjanji untuk meratifikasikan perjanjian-perjanjian antarabangsa, termasuklah Konvensyen Antarabangsa untuk Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD), DAP tidak tahu menahu apa-apa mengenai cadangan ini walaupun DAP kemudiannya dijadikan sasaran untuk dipersalahkan dan dituduh sebagai kononnya anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja,” tambahnya pada satu kenyataan.

Lim juga mengkritik Mahathir kerana seolah-olah jahil mengenai perlembagaan walaupun menjadi perdana menteri sebanyak dua kali selama hampir suku abad.

“Perkara 3(1) menyatakan: “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

“Tidak ada apa-apa peruntukan untuk apa-apa agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia.

“Tetapi persefahaman dan toleransi golongan bukan Islam di Malaysia terhadap Islam di Malaysia adalah dalam bentuk di mana semua rakyat Malaysia, sama ada Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, atau Tao, tidak mempunyai bantahan untuk Islam menjadi agama rasmi di Malaysia.

“Perkara yang sama juga terpakai kepada DAP,” katanya lagi.

Lim berkata dia gagal memahami bagaimana Mahathir boleh membuat kesimpulan bahawa mempromosikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum itu bertentangan dengan perlembagaan.

“Adakah Mahathir mengatakan yang Wawasan 2020 dan sembilan cabaran strategiknya juga bertentangan dengan perlembagaan?

“Tiga Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn berpegang dengan idea negara majmuk.

“Boleh lihat kepada Perkara 43(2) Perlembagaan yang tidak meletakkan identiti kaum untuk siapa yang boleh menjadi Perdana Menteri, sebaliknya mengatakan Perdana Menteri perlulah mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen yang diundi rakyat,” jelasnya.

Lim berkata walaupun tiada permusuhan antara kaum dan agama di Malaysia, ada pihak yang mahu mewujudkan perpecahan dengan pembohongan, kepalsuan, berita palsu dan ucapan kebencian dalam enam pilihan raya negeri yang akan datang.

“Menjadi satu tragedi apabila dalam kalangan pihak ini, ada seorang individu yang pernah menjadi perdana menteri sebanyak dua kali selama hampir suku abad, yang telah mencipta rekod dunia dengan kehilangan deposit pilihan rayanya,” tambahnya.

Pada PRU15 lalu, Mahathir mengalami kekalahan teruk di Langkawi dan kerusi parlimen itu dirampas oleh pemimpin Bersatu (PN) Mohd Suhaimi Abdullah yang mendapat 13,518 undi.

Tun Hussein Onn mengaku silap besar pilih Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker