Tular video lama, fitnah saya macam-macam – Asyraf

Tular video lama, fitnah saya macam-macam – Asyraf

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kesal dengan tindakan pihak tertentu yang membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadapnya ekoran rakaman video lama yang tular baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, video tersebut dirakamkan semasa beliau menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ketika era reformasi 1998-2001.

Asyraf Wajdi memberitahu, beliau berucap sebagai wakil mahasiswa dalam Majlis Pelancaran Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) bersama Presiden Pas ketika itu, Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang turut berucap dan melaungkan reformasi.

“Walaupun ayah saya waktu itu adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, saya berbeza pandangan dengan beliau waktu itu selaku anak muda dan pemimpin mahasiswa yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir dan terlibat langsung dalam siri-siri demonstrasi jalanan.

“Sebab itulah saya bersikap terbuka dan amat meraikan sifat kritis, anti-establishment anak muda terutamanya mahasiswa yang seharusnya punya idealisme, harapan dan semangat untuk melihat negara yang lebih baik, adil, sejahtera dan saksama,” katanya dalam hantaran Facebookhari ini.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu menambah, apa yang berbeza, beliau tidak terlibat dengan mana-mana parti politik semasa memimpin mahasiswa dahulu.

Asyraf Wajdi percaya mahasiswa perlu kekal sebagai pihak berkecuali yang boleh bersetuju dan tidak bersetuju, menyokong dan mengkritik sesiapa sahaja berteraskan ilmu dan idealisme tanpa mengikat diri dengan mana-mana parti.

“Selepas tiga tahun kembali dari luar negara dan menamatkan pengajian PhD di United Kingdom (UK) pada 2008, saya dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi untuk terlibat aktif dalam UMNO dan masih setia dengan UMNO sehingga ke hari ini,” jelasnya.

Beliau juga masih yakin UMNO adalah satu-satunya parti yang mampu dan boleh mempertahankan agenda Islam dan kepentingan Melayu serta bumiputera.

“Cumanya sebagai parti lama yang tidak maksum, segala kepincangan, kesilapan dan kelemahan lampau wajib diperbaiki demi sebuah perjuangan yang diberkati dan dirahmati,” katanya. MG

Tular video lama, fitnah saya macam-macam – Asyraf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker