Tindakan bakar al-Quran di Sweden adalah menjijikan – Pope Francis

Pope Francis

Tindakan membakar kitab suci umat Islam, al-Quran, di Stockholm minggu lalu mencetuskan kemarahan dan kebencian Pope Francis dan dalam masa yang sama beliau mengutuk dan menolak perbuatan itu sebagai satu bentuk kebebasan bersuara.

“Mana-mana buku yang dianggap suci harus dihormati demi menghormati mereka yang mempercayainya,” agensi berita Itali ANSA memetik kenyataannya dalam wawancara dengan akhbar Emiriah Arab Bersatu Al Ittihad yang diterbitkan Isnin.

“Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai cara untuk menghina orang lain dan tindakan membenarkan perbuatan seumpama itu ditolak dan dikutuk,” katanya.

Pada 28 Jun lalu, seorang warga Sweden yang berasal dari Iraq dilaporkan mengoyakkan senaskah al-Quran sebelum membakarnya di hadapan masjid Stockholm semasa demonstrasi yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden.



Insiden itu berlaku ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan Aidiladha

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker