Taikun ‘dermawan’ Thailand dipenjara 1,155 tahun
Taikun ‘dermawan’ Thailand dipenjara 1,155 tahun
BANGKOK: Taikun Thailand, Prasit Jeawkok dijatuhi hukuman penjara 1,155 tahun selepas didapati bersalah atas 321 pertuduhan penipuan oleh Mahkamah Jenayah semalam.
Bagaimanapun mengikut amalan perundangan negara itu, Prasit hanya akan menjalani hukuman penjara paling lama 20 tahun.
Prasit dan dua defendan lain masing-masing turut didenda 145 juta baht (RM19.9 juta) dan diperintahkan membayar 321 mangsa kira-kira satu bilion baht (RM0.13 bilion) sebagai pampasan.
Memetik laporan Thai PBS World, enam lagi defendan bagaimanapun dibebaskan kerana bukti yang tidak mencukupi.
Prasit dan rakan sekutunya dituduh mengendalikan skim Ponzi, di bawah perlindungan usaha niaga pelaburan sepanjang 2020 dan 2021, menjanjikan pulangan yang lumayan untuk pelaburan antara 40.15 hingga 51.1 peratus.
Keputusan mahkamah disiarkan melalui persidangan video ke penjara keselamatan maksimum Bang Khwang, lokasi Prasit ditempatkan sepanjang perbicaraan.
Prasit telah didaftarkan sebagai pengarah sekurang-kurangnya 10 syarikat yang terbabit dalam pelbagai perniagaan, termasuk tempahan hotel dalam talian, tiket penerbangan, pelancongan, perkakasan dan perisian komputer borong hartanah dan reka bentuk sistem teknologi maklumat (IT).
Laman webnya menggambarkannya sebagai “Jack Ma of Thailand”.
Halaman bertajuk “Biografi presiden” memaparkan foto Prasit yang diambil bersama mendiang presiden Privy Council Prem Tinsulanonda; Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dan beberapa bekas menteri Kabinet dan komander kanan tentera.
Dia mendakwa 90 peratus daripada keuntungan dikembalikan kepada masyarakat melalui projek yang dipanggil “Membayar Kembali kepada Tanah Air”, sebanyak 100 juta baht (RM13.3 juta) setiap tahun dalam kerja amal dan sumbangan kepada orang ramai. BH
Taikun ‘dermawan’ Thailand dipenjara 1,155 tahun
Baca Artikel Menarik:
- Fizz Fairuz beli anugerah?
- Khaled bidas kritikan Muhyiddin
- Nasir saman Finas, menteri
- JPJ minta bantuan polis kesan suami Fatin Afeefa
- Yusof Haslam, Raisuddin mentua satu dalam sejuta
- Punca orang Melayu tak sokong Anwar
- Zaki Yamani Lain Yang Buat Hal, Anak Jamal Abdillah Pula Yang Terkena Tempias
- Identiti 7 sekeluarga mangsa kepala air dikenal pasti
- Menara Taming Sari alami kegagalan teknikal, 36 pengunjung hadapi detik cemas!
- Tragedi kepala air di Kampung Air Puteh, 2 maut dan 8 masih hilang
- Anwar sifatkan ‘doa ambil nyawa’ Haji Hadi sebagai biadap, mahu Zaki mohon maaf
- Hanya perlu bayar RM155 untuk ‘menimati’ tubuh kekasih sendiri
- Cubaan rasuah jawatan GLC, BERSIH tibai Muhyiddin
- Penjual, pembeli patung seks kanak-kanak, Menteri mahu polis siasat segera
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?
Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput
You must be logged in to post a comment.