Mahu jadi Firaun atau Qarun?
Mahu jadi Firaun atau Qarun?
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman itu, mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (Al-Mukminun : 1).
Rasulullah bersabda : “Solatlah dengan khusyuk seolah-olah ia adalah solat terakhir sebelum kamu mati.”
Ibnu Mas’ud r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menjelang waktu solat seorang malaikat ditugaskan supaya menyeru: Hai anak Adam! Bangunlah dan padamlah api yang sedang kamu nyalakan untuk membakar dirimu!”
“Orang-orang pun bangun, berwuduk dan sembahyang Zuhur. Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukan sejak matahari terbit terampun. Demikianlah diulangi pada waktu Asar, Maghrib dan Isyak. Selepas Isyak, orang tidur tetapi ada sesetengahnya sibuk mengerjakan kebaikan manakala yang selainnya sibuk mengerjakan maksiat.”
Salman r.a berkata: “Selepas Isyak, kelompok manusia dibahagikan kepada tiga golongan. Ada sesetengahnya, malam hari adalah sumber mencari kebajikan dan keuntungan akhirat. Mereka menghabiskan malamnya dengan menyembah Allah s.w.t. sementara orang lain nyenyak tidur. Pada mereka, malam hari mendatangkan pahala yang besar anugerah Allah.
“Pada yang lain-lain, malam hari menjadi beban dan kutukan baginya kerana mereka mengerjakan berbagai-bagai macam bentuk maksiat. Bagi golongan ini, malam hari membawa seribu kepayahan dan kesusahan. “Golongan ketiga pula ialah selepas Isyak terus tidur. Mereka ini, untung tidak, rugi pun tidak.”
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. semasa bercakap asal solat bersabda: “Pada hari hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengerjakannya, menjadi penghujah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal tidaklah ada nur, pembela dan penyelamat daripada seksa bagi orang yang tidak menjaga solatnya dan dia senasib dengan Firaun, Haman dan Ubay bin Khalaf.”
Semua orang tahu bahawa Firaun dengan bongkaknya mengaku dirinya Tuhan dan memaksa seluruh rakyat supaya menyembahnya. Haman ialah menteri besar Firaun. Manakala Ubay bin Khalaf pula orang kafir Mekah yang memusuhi Nabi Muhammad.
Jika seseorang itu melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan maka dia akan menerima nasib Qarun. Jika cuai sembahyang kerana cintakan kekuasaan, maka nasibnya seperti Firaun. Andai malas sembahyang kerana berhasrat hendak berdamping dengan seorang raja, maka nasib Hamanlah habuannya.
Sekiranya solat diabai kerana sibuk dengan berniaga maka nasibnya sama seperti Ubay bin Khalaf.
Mahu jadi Firaun atau Qarun?
Baca Artikel Menarik:
- Fizz Fairuz beli anugerah?
- Khaled bidas kritikan Muhyiddin
- Nasir saman Finas, menteri
- JPJ minta bantuan polis kesan suami Fatin Afeefa
- Yusof Haslam, Raisuddin mentua satu dalam sejuta
- Punca orang Melayu tak sokong Anwar
- Zaki Yamani Lain Yang Buat Hal, Anak Jamal Abdillah Pula Yang Terkena Tempias
- Identiti 7 sekeluarga mangsa kepala air dikenal pasti
- Menara Taming Sari alami kegagalan teknikal, 36 pengunjung hadapi detik cemas!
- Tragedi kepala air di Kampung Air Puteh, 2 maut dan 8 masih hilang
- Anwar sifatkan ‘doa ambil nyawa’ Haji Hadi sebagai biadap, mahu Zaki mohon maaf
- Hanya perlu bayar RM155 untuk ‘menimati’ tubuh kekasih sendiri
- Cubaan rasuah jawatan GLC, BERSIH tibai Muhyiddin
- Penjual, pembeli patung seks kanak-kanak, Menteri mahu polis siasat segera
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?
Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput