Ada petugas Imigresen masih selesa dengan amalan lama – Anwar
Ada petugas Imigresen masih selesa dengan amalan lama – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan masih ada kelompok kecil dalam Jabatan Imigresen yang masih selesa dengan sistem dan amalan lama sehingga boleh mengaitkan mereka dengan pelakuan rasuah.
Perdana Menteri berkata, kerana itu tindakan segera dan keras harus diambil terhadap kelompok terbabit yang menjejaskan imej jabatan, penjawat awam dan negara.
Beliau berkata, lawatan mengejut beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam adalah bertujuan untuk mengangkat martabat dan integriti Jabatan Imigresen yang ketika ini berdepan dengan kritikan umum.
Beliau berkata, pegawai atasan harus turun ke bawah bagi perbaiki keadaan, bukan cari salah atau mengecam.
“Semalam sebelum sambut kepulangan Agong, saya sempat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kerana ada sedikit sebanyak ‘keributan’ kecil.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan tinjauan di Imigresen Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Julai 2023.
“Tentunya saya lihat, umpamanya semua kaunter Imigresen berfungsi, maknanya majoriti kakitangan Imigresen menjalankan tugas dengan baik tetapi seperti mana juga kita sedar dan sering saya tegaskan ada kumpulan kecil yang masih biasa dengan sistem dan amalan lama.
“Selalu kita sebut kerana nila setitik rosak sebelanga, saya pergi (KLIA) untuk beri jaminan bahawa sebenarnya tidak wajar kita beri gambaran dan persepsi secara umum bahawa ada kerosakan dalam Imigresen,” katanya.
“Saya percaya itu bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak.
“Nak beri satu makluman, semalam saya terima mungkin masih dalam siasatan di Jabatan Pendaftaran. Kita permudahkan orang yang layak mendapat status kewarganegaraan dan sebagainya untuk mendapatkan sijil itu dikenakan lagi bayaran. Tapi jumlahnya terlalu kecil, harus ada tindakan yang keras dan tegas, kalau tidak dia merosakkan seluruh imej pentadbiran,” katanya pada Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, berdasarkan pemerhatian dan tinjauannya, beliau melihat KLIA berfungsi dengan baik begitu juga kaunter Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Cuma saya lihat umpamanya mesin pengimbas Kastam di tempat kemasukan, ada tujuh tapi hanya satu berfungsi.
“Saya Menteri Kewangan dan JKDM bawah saya, tapi takkanlah nak tunggu menteri turun baru tahu rosak, ini ada kelemahan dari segi maklumat kerana kalau belanjanya hanya sekitar beberapa juta, kita boleh luluskan segera.
“Saya percaya SPRM tidak akan menyiasat kalau diluluskan segera kerana keadaan itu mendesak. Bayangkan saya dimaklum scanner itu rosak sejak tahun lalu.
“Jadi hal begini adakah nak salahkan pegawai di situ, mungkin dia lapor tapi ada sedikit kelemahan yang harus perbaiki, kerana kita mahu (beri) perkhidmatan terbaik,” katanya.
Anwar berkata, beliau bagaimanapun merasakan tidak wajar untuk meletakkan kesalahan terhadap Kastam atas kelemahan yang berlaku.
“Apakah dengan kelemahan ini saya boleh secara umum menyerang kelemahan Kastam, saya tidak fikir wajar, kerana secara umumnya fungsinya baik.
“Tapi hal ini tidak boleh kita mungkiri kebenarannya, sebab itu kita kadang-kadang yang di atas harus turun dan terjun ke bawah untuk melihat sendiri kerana tidak boleh buat andaian semuanya baik.
“Tapi mestilah tujuannya baik untuk perbaiki, bukan sekadar mencari salah ataupun mengecam apalagi kalau diberi gambaran umum,” katanya.
Perdana Menteri berkata, usaha bersama keseluruhan rakyat diperlukan dalam mengangkat darjat dan martabat negara.
“Saya tahu tidak mudah seperti mana kita lazim faham dalam politik ada pembenturan idea dan persaingan kuasa. Penjawat awam dan barisan pimpinan Jemaah Menteri bertekad untuk melaksanakan dengan sedaya upaya perubahan.
“Tapi saya faham perubahan ini ambil masa, saya juga ditegur kerana sedikit keras, kurang sabar tetapi bagi rakyat yang susah menderita dengan sistem yang sudah bobrok, tidak fikir kita harus tunggu terlalu lama,” katanya.
Semalam dalam lawatan mengejut ke KLIA, Anwar memberi jaminan siasatan rapi akan dibuat terhadap isu membabitkan kakitangan Imigresen di KLIA khususnya dakwaan wujud salah laku dan amalan rasuah.
Perdana Menteri berkata, secara umumnya, penugasan kakitangan jabatan imigresen itu di pintu masuk utama negara itu berjalan dengan baik dan agensi itu juga memberi respon sangat baik dan positif, terutama terkait perkara berbangkit sejak beberapa hari lalu ini. BH
Ada petugas Imigresen masih selesa dengan amalan lama – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.