Pertikai imigresen kerap buat operasi, wanita warga asing dikecam secara berjemaah oleh netizen
Seorang wanita warga asing dikecam orang ramai apabila mempertikaikan tindakan Jabatan Imigresen melaksanakan operasi menahan pendatang asing di negara ini.
Wanita tersebut memuat naik video di TikTok beberapa hari lalu dengan memberi maklum balas kepada sebuah video dimuat naik seorang pengguna memperlihatkan Jabatan Imigresen sedang melakukan operasi.
“Tak semua warga asing menyalahi undang-undang. Kadang-kadang dia orang dah buat permit, tapi ejen kena tipu. Berapa ejen nak tipu permit, berapa ribu nak kena buat,” katanya dengan nada garang.
Selain itu, wanita itu turut mempersoalkan orang ramai sama ada mereka sanggup atau sebaliknya untuk melakukan kerja-kerja yang sebelum ini dilaksanakan oleh pekerja warga asing.
“Kau nak ke kerja bangunan, kau nak ke kerja korek-korek longkang, kerja panas. Sekarang tu kelapa sawit terbengkalai di Pahang, kau nak ke buat. Tahniah kepada imigresenlah, inilah, itulah.
“Jangan kau pula bercinta dengan Bangla (Bangladesh). Eh orang sini kalau tak ada warga asing, nak jadi apa. Semua longkang terbengkalai, kelapa sawit terbengkalai. Nak ke kerja panas, ngada-ngada tahniahlah apalah,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai terutama warga Malaysia mengecam wanita tersebut selain menasihatinya supaya mematuhi undang-undang di Malaysia.
“Yang orang marah sebab tak ada permit, masuk secara tak sah. Ramai saja yang masuk secara sah kerajaan tak kacau,” komen Muhammad Faiz Apek.
“Silap akak ni, imigresen tahan siapa yang masuk tanpa kebenaran. Kami mengalu-alukan warga asing yang masuk dengan kebenaran,” ujar naimgeo.
“Kenapa tak tanya imigresen tempat yang boleh dipercayai,” kata Ainaa Aara seolah-olah memberi persoalan kepada wanita tersebut untuk mendapatkan agensi sah berhubung permit.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shuib tersalah sebut nama isteri
You must be logged in to post a comment.