Zahid jamin MCA, MIC ada kerusi pada PRN
Zahid jamin MCA, MIC ada kerusi pada PRN
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi beri jaminan MCA dan MIC akan diberi kerusi pada PRN di enam negeri.
Zahid berharap desas-desus yang mengatakan MCA dan MIC tidak diberikan tempat dihentikan.
“Saya ingin memaklumkan MCA dan MIC juga ada tempat dan ada kerusi kita berikan kepada mereka untuk bertanding
“Jika ada sebarang desas-desus mengatakan ada peminggiran dalam kalangan komponen BN, saya harap ia dipadamkan. Jadi saya ingin memberikan jaminan ini kepada rakan-rakan parti dalam komponen BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran portal TVET Madani dan pertukaran memorandum kerjasama.
Zahid berkata, MCA dan MIC akan diberi kawasan sesuai dan boleh menang.
Katanya, proses rundingan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan hampir muktamad dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.
“Perundingan sudah dibuat beberapa kali antara BN dan PH, bukan antara parti yang bergabung (bentuk kerajaan perpaduan).
“Saya fikir tidak terlalu lama, bila saja waktu sesuai untuk kami muktamadkannya, saya yakin kita akan memuktamadkan pada tarikh ditentukan PM (perdana menteri,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Timbalan Presiden MIC M Saravanan menafikan laporan menyebut parti itu akan diperuntukkan kerusi pada PRN Selangor.
Katanya, laporan sebelum ini yang menyatakan MIC akan diberi kerusi adalah tidak tepat. FMT
Zahid jamin MCA, MIC ada kerusi pada PRN
Baca Artikel Menarik:
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET