Menteri siasat dakwaan murid Tahun 1 dikurung dalam ‘sangkar besi’
PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyiasat dakwaan seorang murid Tahun 1 dikurung dalam sangkar besi oleh guru di sebuah sekolah di Negeri Sembilan.
“Saya akan periksa dahulu,” kata Fadhlina ringkas ketika ditanya FMT mengenai dakwaan tersebut.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter Azuan Abd Ghafar memuat naik tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp antara seorang bapa dengan guru di sekolah terbabit.
Dalam perbualan tersebut, seorang bapa bertanya adakah benar anaknya diasingkan daripada rakan sekelas lain dalam sebuah bilik berjaring.
Lelaki itu juga turut berkongsi gambar “sangkar besi” itu. Satu kotak fius juga dilihat dalam “sangkar” tersebut.
Bapa murid itu mendesak guru memberi penjelasan mengapa anaknya dikurung dalam sangkar itu.
Ketika dihubungi, Azuan memberitahu FMT, murid itu adalah anak lelaki rakannya.
“Bapa murid itu pergi ke sekolah tersebut hari ini untuk bertemu guru yang terbabit.
“Beliau turut memfailkan aduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie
Shuib tersalah sebut nama isteri