BNM akan campur tangan dalam pasaran Forex
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengikut mandatnya akan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan, kata Penolong Gabenor BNM Adnan Zaylani.
Beliau berkata, walaupun nilai ringgit akan terus ditentukan oleh pasaran, bank pusat menjangka langkah yang sedang dilaksanakan kerajaan untuk terus mengukuhkan ekonomi akan membantu memastikan ringgit mencerminkan asas negara dengan lebih baik.
“Meskipun ringgit terus dipengaruhi oleh perkembangan global, unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berada pada julat empat hingga lima peratus serta pembaharuan struktur dan usaha penggabungan fiskal oleh kerajaan adalah faktor-faktor penyokong bagi ringgit,” kata Adnan yang juga pengerusi Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) dalam kenyataan.
Dalam kenyataan dikeluarkan bersempena dengan mesyuarat FMC bagi membincangkan perkembangan terkini pasaran kewangan yang mempengaruhi kadar pertukaran ringgit, beliau berkata, ahli FMC juga membincangkan pemerhatian bahawa syarikat korporat dan pengeksport telah mengekalkan lebih banyak hasil dalam mata wang asing, seperti ditunjukkan oleh peningkatan baki akaun mata wang asing yang berkemungkinan menyebabkan ketidakseimbangan dalam aliran pasaran.
Adnan berkata, bagi menguruskan risiko pertukaran asing, syarikat korporat dan pengeksport digalakkan untuk memanfaatkan kadar pertukaran yang menarik dalam pengurusan imbangan mata wang asing mereka.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia (FMAM), Chu Kok Wei berkata, pasaran kewangan di Malaysia terus beroperasi secara teratur dan kekal kondusif bagi melaksanakan keperluan pelanggan.
“Kami mengalu-alukan panduan BNM mengenai ringgit dan perkembangan pasaran terkini. Kami akan terus menyokong usaha bank pusat untuk pasaran dalam negeri,” katanya.
Pada masa hadapan, sebagai tambahan kepada asas ekonomi Malaysia yang kukuh, FMC berpendapat penjelasan lanjut mengenai kadar terminal Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) serta kemungkinan tanda positif berikutan langkah rangsangan dari China mungkin memberikan sokongan kepada ringgit dan mata wang Asia secara amnya.
Unjuran terkini oleh penganalisis dan pakar ekonomi terus menunjukkan pemulihan menyeluruh berbanding dolar AS menjelang akhir tahun, pada purata 4.56, berbanding dolar pada suku ketiga dan 4.50 pada suku keempat.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shuib tersalah sebut nama isteri
You must be logged in to post a comment.