‘Saya tidak pernah digantung kerja’ – Inspektor Shiela
‘Saya tidak pernah digantung kerja’ – Inspektor Shiela
Pegawai polis tular yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ mendakwa setakat hari ini dia tidak pernah menerima sebarang surat penggantungan daripada pasukan keselamatan itu.
Wanita itu yang nama penuhnya, S Sheila Sharon, 35, ditemui selepas prosiding di Mahkamah Majistret di sini, yang mana dia didakwa di hadapan Majistret Chai Guan Hock dan Majistret Nur Hafizah Rajuni secara berasingan hari ini.
Sheila mendakwa, kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 22 Jun lalu mendakwa dia digantung tugas memang mengejutkannya.
“Saya tidak pernah digantung kerja. Sebab itu saya terkejut, kenapa Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan sedangkan sehingga hari ini, saya tidak menerima sebarang surat penggantungan,” dakwanya.
Beliau ditemani peguamnya M Manoharan turut mengesahkan mereka tidak akan menghantar sebarang representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menyemak kembali pertuduhannya.
“Kami mahu keadilan. Saya tidak akan bertolak ansur dengan ini (tuduhan).
“Saya tidak akan menghantar representasi, dan kami akan berjuang sehingga akhir,” katanya.
Sementara itu, Manoharan berkata, Shiela adalah seorang pegawai yang bersih, jujur dan berdedikasi yang sememangnya berpotensi.
“Dia berasal daripada keluarga yang baik, yang mana bapanya yang juga penjaminnya adalah bekas pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan yang berkhidmat selama 39 tahun sebelum ini.
“Dan dia (Sheila) sendiri pernah bersama pasukan itu selama tujuh tahun.
“Kami mahu keadilan. Saya tidak akan bertolak ansur dengan ini (tuduhan),” katanya.
Hari ini, Sheila yang juga pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman tiga pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam. HM
‘Saya tidak pernah digantung kerja’ – Inspektor Shiela
Baca Artikel Menarik:
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET