Inspektor Shiela dihadapkan ke mahkamah
Inspektor Shiela dihadapkan ke mahkamah esok
Pegawai polis wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang terbabit dalam beberapa siri kekecohan yang tular di media sosial akan dihadapkan ke Mahkamah Selayang, esok.
Pegawai polis itu yang ditahan kerja sejak minggu lalu, dijangka berdepan sekurang-kurangnya dua pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (melakukan ugutan) dan Seksyen 186 kanun sama (menghalang tugas penjawat awam).
Jika sabit kesalahan, tuduhan ugutan boleh membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan menghalang tugas penjawat awam pula, penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini, pegawai itu berdepan kecaman netizen selepas dua klip video masing-masing berdurasi 24 dan 10 saat dimuat naik di media sosial Khamis lalu memaparkan dirinya mencemuh seorang lagi anggota berpangkat Lans koperal dalam kejadian di Gombak, Selangor.
Susulan itu, Polis Kontinjen Selangor memanggil pegawai wanita terbabit untuk dirakam keterangan sebelum ditahan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Media sebelum ini turut melaporkan bahawa polis mengesahkan menerima laporan kejadian pegawai polis wanita yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang bertengkar dengan orang awam di parkir pusat beli-belah di Brickfields, di sini.
Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media Khamis lalu berkata, pegawai polis itu sudah digantung tugas dan arahan itu berkuat kuasa sehingga proses siasatan ke atasnya selesai.
Beliau berkata, proses rakaman percakapannya sudah diambil pada 18 Jun lalu dan kedua-kedua kertas siasatan sudah dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada 19 Jun lalu.
Katanya, sebanyak enam kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIP) Bukit Aman berkait kes yang dihadapi pegawai wanita terbabit. HM
Inspektor Shiela dihadapkan ke mahkamah esok
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP
You must be logged in to post a comment.