Insiden letupan bom lempar, TUDM akan tubuhkan Lembaga Siasatan

Insiden letupan bom lempar, TUDM akan tubuhkan Lembaga Siasatan

Seorang lagi mangsa insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, semalam dilaporkan meninggal dunia.

Markas Tentera Udara dalam kenyataan, hari ini memaklumkan mangsa kedua yang meninggal dunia ialah salah seorang daripada dua jurulatih yang sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, Koperal Udara Syuib Bidin, 33, disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan di Hospital Segamat, Johor ketika diberikan rawatan akibat kecederaan parah yang dialami pada jam 5.45 petang, hari kejadian.

“Anggota adalah jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan.

“Seorang lagi jurulatih, Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, dari Kluang, Johor, yang juga jurulatih di INSTAR kini sedang dirawat di Hospital Segamat dan dalam pemantauan rapi dengan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Tambah kenyataan itu, penuntut yang meninggal dunia, semalam ialah Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi berusia 22 tahun berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan.

“Anggota adalah penuntut Kursus Pembantu Pertahanan (KPP) Kelas 1 Siri 78/23 di INSTAR Pangkalan Udara Sendayan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan berlaku ketika mereka menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut KPP Kelas 1 (KPP Kls 1) Siri 78/23 yang berlaku di Tapak Latihan Grenade Asas, Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas,” katanya.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari itu, Mohd Iqmal meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah akibat letupan bom lempar semasa proses latihan sedang dilaksanakan.

Tambah kenyataan itu, waris kesemua mangsa sudah dimaklumkan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memastikan semua urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan serta urusan pengebumian disempurnakan dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan serta pucuk pimpinan tertinggi TUDM menzahirkan rasa dukacita atas kejadian yang berlaku dan merakamkan salam takziah kepada waris anggota yang meninggal dunia yang juga kehilangan besar kepada TUDM.

“Didoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

“Selain itu, diharapkan urusan rawatan kepada anggota yang cedera dipermudahkan, dilaksanakan dengan segera serta dikurniakan dengan kesembuhan. Semoga semua waris anggota yang terlibat sabar, tabah dan reda menghadapi ujian yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, katanya pihak TUDM meminta semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi dan berita tidak sahih sehingga proses siasatan dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. BH

Insiden letupan bom lempar, TUDM akan tubuhkan Lembaga Siasatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker