DAP pancing ahli MUDA, sertai kami jangan ikut Syed Saddiq tanding solo
PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP Selangor mempelawa pimpinan dan ahli Muda menyertai parti itu jika tidak bersetuju tindakan bertanding pada PRN enam negeri secara solo.
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Rajiv Rishyakaran, mendakwa pimpinan Muda bercanggah pandangan ketika memutuskan sama ada bertanding solo atau kekal bersekutu bersama parti dalam kerajaan perpaduan.
“Saya tahu ia bukan keputusan mudah. Saya ingin mempelawa secara rasmi pimpinan dan ahli Muda yang mahu kekal bersama Pakatan Harapan menyertai DAP menjelang PRN,” katanya dalam hantaran di Twitter.
Rajiv, yang menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing, pada PRU14, memberi amaran memecahkan undi dalam kalangan parti membentuk kerajaan persekutuan hanya memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN).
“Ada beberapa kerusi di Selangor, Kedah, dan Negeri Sembilan akan berlaku pertembungan sengit dan bergantung kepada setiap undi untuk menentukan pemenang.”
Awal hari ini, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan partinya akan bergerak solo pada PRN, sekali gus membawa kepada pertembungan dengan PH dan Barisan Nasional (BN), walaupun parti itu sebahagian blok kerajaan dalam Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Muar itu juga menolak dakwaan Muda akan memecahkan undi, sambil menyatakan ia “taktik menakut-nakutkan”.
Sebelum ini, Muda dan PH bersetuju membentuk pakatan pilihan raya pada PRU15.
Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu akan mengadakan pilihan raya selepas pembubaran DUN masing-masing menjelang hujung bulan ini. Selangor menjadi negeri pertama membubarkan DUN pada 23 Jun.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menggesa Muda mempertimbang bertanding solo, sebaliknya bersama kerajaan perpaduan berbanding menentang.
“Ini bukan masanya bagi Muda membuat kemunculan solo ketika ini memandangkan agenda nasional adalah melawan politik perkauman,” katanya kepada FMT.
Bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu turut merujuk Muda yang tidak menyandang sebarang kerusi melibatkan enam negeri terlibat, sambil menyatakan tiada keperluan bagi parti berkenaan bertanding bersendirian.
Sementara itu, Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran, berkata keputusan Muda tidak matang dengan mendakwa PH akan berhubung dengan parti tersebut bagi rundingan kerusi.
“Satu lagi gabungan besar dalam kerajaan adalah BN, jadi rundingan bersama parti itu perlu diselesaikan terlebih dulu. Apabila sudah selesai dengan BN, kemudian baharu kita bincang bersama tiga parti dalam PH, dan seterusnya,” katanya.
Pengerusi Tetap Pemuda Umno Wan Agyl Wan Hassan, mengkritik keputusan Muda sambil menyatakan parti itu sepatutnya bertanding solo pada PRU15.
Wan Agyl juga mendakwa Muda tidak mempunyai ideologi dan pendirian politik jelas, menjadikan parti itu sukar difahami pengundi dalam perkara teras dan visi mentadbir.
“Tanpa ideologi dan pendirian politik konkrit, Muda berdepan kesukaran membezakan parti mereka dengan parti lain dalam membina asas penyokong akar umbi.”
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie