BN Selangor perlu tumpu kerusi boleh menang, jangan tamak kerusi seperti PRU15 – Veteren UMNO
PETALING JAYA: Veteran Umno menegur Barisan Nasional (BN) Selangor supaya akur jumlah kerusi yang diterima menjelang PRN, dan tidak lagi menuntut lebih banyak kerusi daripada Pakatan Harapan (PH).Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub, berkata pimpinan BN dan Umno negeri seharusnya tumpu kepada usaha mengekalkan kerusi sedia ada, selain menambah kekuatan jentera di kawasan lain dalam usaha memenangkan rakan sekutu.
“Jangan kita dok berebut, aku nak banyak, aku tak setuju sebab kamu bagi sikit. Lebih baik kita bertanding sedikit tetapi semua kita menang,” katanya kepada FMT, mengulas rundingan kerusi antara PH dan BN yang sehingga kini belum selesai.
“Buat apa kita tuntut 20-30 kerusi tetapi yang menang hanya lima (kerusi). Lebih baik kita bertanding 10 dan dengan sokongan daripada parti gabungan kita menang semua. Itu kan lebih baik.”
FMT difahamkan, BN Selangor kini mendapat 13 kerusi hasil rundingan bersama PH dan masih berunding untuk menuntut lebih banyak kerusi.
Semalam, Pengarah Pilihan Raya PH Selangor Mohd Yahya Mat Sahri berkata DUN Gombak Setia dan Kota Damansara, antara kerusi masih dibincangkan antara PH dan BN yang bakal diputuskan pucuk pimpinan parti.
Mengulas lanjut, Mustapha berkata landskap politik yang dinamik dan berubah ketika ini menyebabkan mana-mana negeri yang memasuki gelanggang pilihan raya perlu kerjasama dua gabungan untuk menang.
“Umno saja menang PH kalah…tak ke mana. PH saja menang, Umno kalah pun tak ke mana kerana nak perintah satu-satu negeri, dua gabungan mesti menang bersama.”
Pada PRU 2018, PH menang 51 daripada 56 kerusi, sementara BN menang empat kerusi dan PAS (1).
Sebelum pembubaran pada 23 Jun, DUN Selangor terbahagi kepada PH (40) menerusi PKR (19), DAP (15), Amanah (6), sementara BN (5), Bersatu (4), PBM (2).
PAS, Pejuang, dan Warisan masing-masing mempunyai satu kerusi, begitu juga wakil bebas. Kerusi Batang Kali juga diisytiharkan kosong selepas wakil rakyatnya daripada Pejuang gagal menghadiri sidang DUN lebih enam bulan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie
Shuib tersalah sebut nama isteri