Zii Jia ok ke?

Zii Jia ok ke?

Tiada siapa tahu mengapa, tetapi pemain perseorangan badminton negara Lee Zii Jia memadamkan hampir kesemua hantarannya di Instagram.

Selain daripada tiga kategori — Bruce, muzik dan Rap yang masih boleh diakses, bekas juara Seluruh England berusia 25 tahun itu memadamkan semua hantaran yang lain.

Pemain profesional negara yang menduduki ranking 13 dunia itu mengambil keputusan berehat seketika daripada badminton selepas tewas pusingan pertama di Terbuka Indonesia.

Ia kekalahan ketiga di peringkat awal berturut-turut pemain kelahiran Kedah itu selepas menyinar di Piala Sudirman pada Mei lalu.

Beberapa peminatnya mula mencetuskan spekulasi sama ada Zii Jia yang dikritik hebat sejak beberapa bulan dalam keadaan ‘okay’.

Seorang peminat di Twitter bertanya: “Zii Jia, adakah anda ‘okay’?”

Seorang lagi berkata: “Serangan negatif datang, dia tahu. Juga dia mahu berehat sebelum kedatangan Wong Tat Meng. Baik tutup atau padam, atau simpan (akaunnya) terlebih dahulu.”

Bagaimanapun, akaun Instagram rasmi pasukannya Team LZJ masih aktif dan menerusinya, dia mengumumkan pelantikan bekas jurulatih perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tat Meng sebagai pengarah jurulatihnya yang baharu bulan lalu. BH

Zii Jia ok ke?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker