Tasha dedah ketagih seks dengan suami orang
SEPANJANG hidupnya, seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Tasha mengakui tidak pernah menjalinkan hubungan yang serius dengan mana-mana lelaki.
Oleh kerana sikapnya yang pemalu dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesuatu hubungan meskipun Tasha mempunyai keinginan sedemikian.
Namun, sesuatu yang tidak terjangka terjadi pada hujung semester pengajiannya apabila dia perlu menyelesaikan latihan industri di sebuah syarikat di ibu kota.
“Di syarikat ini, saya telah berkenalan rapat dengan seorang pekerja yang boleh saya namakan sebagai Zam.
“Dia berumur pertengahan 40-an dan memiliki perwatakan yang baik dan pandai untuk mengambil hati,” kongsi Tasha.
Tasha, 24, akui dia berkenalan rapat dengan Zam biarpun mengetahui bahawa Zam telah beristeri dan mempunyai anak-anak.
Hari berganti hari, hubungan mereka menjadi semakin rapat. Tasha sendiri tidak mengerti bagaimana dia boleh jatuh hati dengan lelaki tersebut.
Malah, Zam turut memiliki perasaan yang sama dan dia akhirnya meminta Tasha untuk menjadi kekasih gelapnya.
Tasha menjelaskan, dek kerana terlalu ingin mengetahui perasaan bagaimana orang dilamun cinta, dia akhirnya bersetuju untuk menjalinkan hubungan tersebut.
“Saya mengerti hubungan ini hanya sesuatu yang sia-sia tetapi saya hanya ingin merasai bagaimana perasaan seorang wanita disayangi oleh seorang lelaki.
“Kami menjalinkan hubungan percintaan dalam diam tanpa pengetahuan sesiapa.
“Tetapi lama-kelamaan saya amat menyayanginya dan dalam masa yang sama rasa bersalah kepada isteri Zam,” terangnya.
Setelah tamat latihan industri, Tasha dan Zam masih menjalinkan hubungan dan ada masanya mereka akan bertemu untuk melepaskan rindu.
Kemudian, Tasha menjelaskan, pada suatu hari teman lelakinya itu mengajaknya untuk pergi bercuti ke Thailand dengan menunggang motosikal berkuasa besar.
“Dia sememangnya memiliki motosikal berkuasa besar dan ada ketikanya dia akan berkonvoi bersama rakan-rakannya ke Thailand.
“Saya bersetuju dengan pelawaan tersebut dan Zam memberitahu kepada isterinya bahawa dia ke sana bersama teman-temannya,” bicaranya.
Akhirnya mereka berdua ke Thailand bersama.
Ketika di sana mereka telah tinggal bersama dalam satu bilik di sebuah hotel.
“Pada mulanya saya memintanya untuk menempah dua bilik yang berbeza.
“Namun, hasil pujuk rayu Zam akhirnya kami hanya menempah satu bilik dan pada hari itu juga saya telah menyerahkan kehormatan saya kepadanya.
“Sebelum ini saya tidak memberi kebenaran untuk dia berbuat demikian walaupun dia ada meminta beberapa kali, tetapi akhirnya saya termakan rayuannya,” terang Tasha.
Sejak peristiwa itu, Tasha mengakui bahawa dia semakin ketagih melakukan hubungan seksual dan sering melakukan perkara yang sama dengan Zam jika ada kesempatan.
Setelah hanyut agak lama, Tasha menjelaskan, tiba-tiba dia bagai ‘ditampar’ apabila melihat bagaimana rumah tangga kakak kandungnya musnah akibat perlakuan orang ketiga.
Suami kepada kakaknya itu menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Hal itu telah memberi satu ‘tamparan’ kepada dirinya.
“Peristiwa yang menimpa kakak saya itu telah menyebabkan saya mula rasa bersalah kepada isteri Zam.
“Malah, saya menyedari bahawa hubungan saya bersamanya tidak akan ke mana,” terangnya.
Akhirnya, Tasha nekad untuk memutuskan hubungannya dengan Zam meskipun sukar baginya kerana dia amat menyayangi lelaki tersebut.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP