PN tak hairan Khairy main tarik tali – Hamzah
PN tak hairan Khairy main tarik tali – Hamzah
Perikatan Nasional (PN) memaklumkan, gabungan itu hanya memberi tawaran sekali sahaja kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanya memberi tawaran sekali sahaja.
“Pada saya Presiden kita (BERSATU) cakap sekali sahaja sudah cukup. Sama ada dia (Khairy) hendak terima atau tidak itu terpulang pada dia.
“Kalau dia (Khairy) main tarik tali tak apa,” katanya ketika ditemui selepas Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kelantan yang dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di sini, malam tadi.
Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Media sebelum ini melaporkan, Muhyiddin pada Mei lalu, mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.
Pengerusi PN itu mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan dipecat daripada UMNO, pada Januari lalu.
Sumber PN memaklumkan Khairy tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk BERSATU mahu pun menubuhkan parti baharu dalam waktu terdekat. BH
PN tak hairan Khairy main tarik tali – Hamzah
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP
You must be logged in to post a comment.