Persembahan pelawak biadap Jocelyn Chia di Malaysia terima bantahan dan kecaman
Perancangan pelawak biadap, Jocelyn Chia dan rakannya yang juga pelawak komediri, Chrissie Mayr untuk membuat satu persembahan khas ‘Apology Tour’ di ibu negara pada Ogos ini mendapat bantahan hebat daripada orang ramai.
Mereka meminta kerajaan dan pihak berkuasa bertegas dalam isu ini memandangkan rakyat Malaysia masih lagi terasa dengan tindakan Jocelyn menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenakanya dalam satu persembahan di Amerika Syarikat.
Kemudian, Chrissie pula dilihat menyokong perbuatan Jocelyn itu sehingga mengeruhkan lagi keadaan selain dia turut didakwa menghina ‘rakyat’ Malaysia di media sosialnya.
Dalam pada itu, selepas pengumuman program tersebut dibuat di Instagram milik Chrissie, rata-rata rakyat Malaysia menyerang ruangan komen media sosial pelawak terbabit dan meminta dia membatalkan cadangan penganjuran ‘Apology Tour’ berkenaan.
“Kami tak perlukan permohonan maaf kamu. Maaf kamu adalah murah. Kami ada maruah dan kami sangat bangga jadi rakyat Malaysia,” kata @Nailss.
“Kerajaan ambil serius. Tolong sekat. Jangan bagi dua perempuan ni malukan Malaysia lagi. Sudah mengata Malaysia, ada hati nak datang Malaysia, dasar terencat tak tahu malu,” kata seorang pengguna.
“Sengaja nak ambil untung, buat duit dari kemarahan rakyat Malaysia. Kami dah benci sekali, memang kami tak sudi nak hadap. Kalau nak minta maaf, boleh sahaja buat video, ini kalau kau nak datang Malaysia, siap jual tiket, takut kau balik negara asal tak hidup dah,” tegas pengguna yang lain.
Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati lokasi penganjuran acara tersebut telah ditutup
Persembahan pelawak biadap Jocelyn Chia di Malaysia terima bantahan dan kecaman
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP
You must be logged in to post a comment.