Buaya lalu depan TMJ (Video)

Buaya lalu depan TMJ (Video)

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi kejadian berdepan kehadiran seekor buaya, baru-baru ini, ketika berenang bersama putera dan puterinya.

Menerusi ciapan di Twitternya, ‘HRH Crown Prince of Johor’, Tunku Ismail berkata, beliau sedang berenang dan sejam kemudian, datang seekor buaya di kawasan berhampiran.



Difahamkan, lokasi kejadian adalah di hadapan Istana Flinstone dekat Mersing.

“Went for a swim in front of the house. An hour later a friend swam by (Pergi berenang di hadapan rumah. Sejam kemudian ada seorang ‘kawan’ berenang,” tulisnya.

Dalam ciapan itu, Tunku Ismail turut berkongsi gambar bersama Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim di laut, selain satu video berdurasi 26 saat memaparkan seekor buaya di laut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor, Aminuddin Jamin, berkata pihaknya akan menyiasat lebih lanjut berhubung penemuan yang dimaksudkan.



“Buaya biasanya akan bergerak dari suatu muara sungai dan masuk ke muara sungai lain melalui pesisir pantai. Kita akan siasat lebih lanjut berkaitan penemuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. BH



Buaya lalu depan TMJ (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker