Shuib mahu Watie jadi suri rumah fokus besarkan anak-anak, Watie ‘On’
Meletakkan kepentingan empat anak tiri yang sedang membesar, isteri baharu Shuib, Watie sedia menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kata ahli perniagaan berusia 35 tahun itu, selepas berbincang dengan suaminya, dia nekad menjaga keempat-empat permata hati mereka berbanding menambah ahli keluarga.
“Saya ambil keputusan untuk menjaga anak-anak yang ada,”
Akui pemilik nama sebenar Nikmatul Adawiyah Hanifiah itu, dia sedia melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu kepada permata hati Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
“Dari awal lagi kami sudah berbincang. Shuib memang nak saya jadi suri rumah sepenuh masa. Kalau ada perkara lain, dia akan tentukan,” ulasnya.
Sementara itu, Shuib atau nama nama lengkapnya pula memaklumkan, kesibukan mengendalikan perniagaan memerlukan bantuan isterinya dalam urusan membesarkan anak-anak.
Katanya, tanggungjawab Watie sebagai suri rumah tangga dan ibu adalah memberi tumpuan terhadap penjagaan keluarga.
“Saya ada beberapa projek besar dalam perniagaan yang tentu saja memerlukan saya meminta bantuannya untuk menjaga anak-anak.
“Uwais sekarang sudah masuk 12 tahun dan nak melangkah ke alam remaja. Saya rasa dalam usia ini mereka perlukan sentuhan kami selaku ibu bapa,” katanya lagi.
Mengenai anak bongsunya, Ayash Affan yang kini di bawah jagaan emak Shuib, Salamiah Jalani, Shuib berkata, semestinya dia akan memberikan fokus terhadap si kecil.
“Saya dah berbincang dengan emak dan sebelum ini dia pernah berkata, kalau Ayash boleh berjalan, dia akan bagi saya jaga.
“Tapi, sekarang dia cakap biarlah Ayash pandai bercakap pula dan dia akan terus menjaganya. Saya okey sahaja sebab ibu saya pun selalu datang ke sini (Kuala Lumpur).
“Kadang-kadang dalam sebulan beberapa kali juga ke sini. Tak mengapa. Saya biarkan dia bermanja dan besarkan cucu,” tambah bapa kepada empat anak itu.
Terdahulu pada Jumaat, Shuib dan Watie selamat diijabkabul di majlis yang berlangsung di Glass House Shah Alam di sini, disaksikan 600 jemputan.
Pernikahan tersebut adalah yang kedua buat Shuib selepas hampir dua tahun menduda.
Sebelum ini, dia berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, namun penyanyi itu meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada tahun 2021.
Rumah tangga Mereka diserikan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 12; Dzahira Talita Zahra, 10; Ariq Matin, 7; dan Ayash Affan, 2
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP
You must be logged in to post a comment.