Pua tak patut serang BN,Umno – Loke
Bekas Ahli Parlimen Damansara itu bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.
Pua tak patut serang BN,Umno – Loke
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata Tony Pua tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan menyerang rakan gabungan kerajaan, Barisan Nasional (BN) dan Umno yang dilabel olehnya sebagai “pakatan korup”.
Merujuk ucapan Pua dalam satu majlis malam tadi, Loke berkata bekas Ahli Parlimen Damansara itu bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.
Tegasnya, ucapan berunsur serangan terhadap parti sekutu tidak seharusnya dikeluarkan kerana pucuk pimpinan telah memutuskan kerjasama dengan gabungan politik lain demi kestabilan politik.
“Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam kerajaan perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini,” katanya dalam kenyataan.
“Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap di atas pentas DAP.”
Malam tadi, Pua yang juga bekas setiausaha publisiti DAP berkata Pakatan Harapan (PH) mesti membuktikan kepada pihak yang meragui gabungan itu bahawa “parti berbilang kaum yang bersih dan tidak korup” boleh melakukan lebih baik “berbanding gabungan korup seperti BN, serta Umno dan Bersatu”.
Katanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi PH, mesti melengkapkan penggalnya “sebagai perdana menteri yang popular”, dan membuktikan bahawa pengkritik PH salah, semasa beliau masih berkuasa.
Menurutnya, ia akan meningkatkan sokongan kepada PH yang membolehkannya membentuk kerajaan sendiri selepas PRU akan datang.
Kenyataan itu dibidas Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Isham Jalil kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dalam kerajaan perpaduan yang sedang dibina. FMT
Pua tak patut serang BN,Umno – Loke
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP