Kelantan FC jadi ‘lauk’ lagi, Sri Pahang ratah 5-0
KOTA BHARU – Sri Pahang FC menepati ramalan apabila menewaskan Kelantan FC dengan keputusan 5-0 dalam perlawanan saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.
Sri Pahang membuka jaringan seawal minit ketujuh apabila ayam tambatan skuad Tok Gajah, Sergio Aguero menjaringkan gol mudah dengan melakukan ‘tap in’ di depan gawang Kelantan FC
Tersentak dengan gol awal pelawat, The Red Warriors (TRW) cuba bangkit menggempur kubu skuad Sri Pahang FC kental dalam tempo perlawanan menyerang dan bertahan.
Kelantan FC gagal memanfaatkan peluang terbuka untuk menyamakan kedudukan ketika penjaga gol Sri Pahang FC, Mohd. Izham Tarmizi Roslan terkeluar jauh dari posisinya apabila rembatan Mohamad Khala’if Mohd. Naskam sekadar mencecah sisi penjuru kiri gawang pelawat.
TRW terus buntu mencari gol penyamaan apabila setiap serangan dilancarkan gagal membuahkan hasil dan kedudukan 0-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, Sri Pahang tidak menunggu lama untuk menambah gol apabila tandukan pemain pertahanan, Mohamad Fadhli Shas selepas menerima hantaran sepakan penjuru menewaskan penjaga gawang TRW, Nik Mohd. Amin Ahmad pada minit ke-48.
Ketinggalan dua gol, Kelantan FC berusaha sedaya upaya untuk bangkit sementara Sri Pahang semakin garang menggempur kubu tuan rumah.
Ketika perlawanan memasuki minit ke-58, giliran penyerang Sri Pahang, Kepah Sherman merobek gawang TRW apabila sekali lagi menjaringkan gol menerusi tandukan selepas menerima hantaran sepakan penjuru daripada Aguero.
Tiga minit berselang, Nik Mohd. Amin tewas dalam situasi bola mati apabila tandukan Mohd. Fadhli sekali lagi merobek gawang Kelantan FC pada minit ke-61 selepas menerima bola sepakan percuma diambil Aguero.
Sherman menambah derita TRW apabila menjaringkan gol kelima Sri Pahang FC menerusi rembatannya pada minit ke-86.
Kelantan terus mengerah tenaga untuk sekurang-kurangnya mencari satu gol, namun tiada lagi jaringan terhasil dan keputusan 5-0 kekal sehingga ke tiupan wisel penamat.
Keputusan itu menyaksikan Sri Pahang FC kekal di tangga ketiga manakala TRW terus menghuni tangga tercorot saingan Liga Super.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP