DAP pun terpalit rasuah, Zaffarollah bidas Tony Pua
DAP pun terpalit rasuah, Zaffarollah bidas Tony Pua
Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja mendesak agar sekutu mereka dalam Kerajaan Perpaduan, DAP, mengambil tindakan tegas terhadap Tony Pua.
Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin menegaskan DAP tidak sepatutnya hanya mengeluarkan kenyataan berhubung apa yang diucapkan oleh Tony menerusi setiausaha agongnya.
Mohd Zaffarollah turut menyelar Tony yang disifatkan kurang bijak dalam membuat kenyataan tentang komponen Kerajaan Perpaduan.
“Tony Pua tidak seharusnya membuat kenyataan kurang bijak tentang komponen Kerajaan Perpaduan hari ini yang boleh menyebabkan kerajaan jadi tidak stabil.
“Ia akan menjejaskan ekonomi negara dan mengurangkan keyakinan pelabur luar.
“DAP bukan suci. Lim Guan Eng ada kes rasuah di Mahkamah. Kementerian Sumber manusia yang diterajui DAP sekarang ini juga sedang terpalit isu rasuah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pada Jumaat, bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua secara ‘tiba-tiba’ menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan ‘korup’.
Kenyataan itu disuarakan bekas Ahli Parlimen Damansara sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Susulan kenyataan itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan kenyataan Tony itu adalah atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti DAP.
Menjelaskan perkara itu, Loke berkata, Tony sudah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti tersebut. Aw
DAP pun terpalit rasuah, Zaffarollah bidas Tony Pua
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP