Aku yang angkat nama kau dulu – Azmin
Aku yang angkat nama kau dulu – Azmin
Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali, mendakwa pada asalnya PKR tidak menghantar nama Amirudin Shari sebagai calon PH menjadi menteri besar yang baru selepas PRU ke-14 lalu.
Bagaimanapun dakwa Azmin dia bertanggungjawab mengemukakan nama Adun Sungai Tua itu kepada pihak istana bagi dipilih mengetuai kerajaan negeri.
“Betullah dia anak didik aku… nama dia parti (PKR) tak serah kepada istana.
“Amir (Amirudin) ingat, yang angkat nama engkau tu aku.
“Kerana hari ni kamu bersekongkol dengan dot dot dot, maka kita tidak ada pilihan. Kita (PN) tak ada pilihan – tolak PH, Umno, DAP di Selangor,” katanya ketika berucap semasa Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor di Shah Alam, hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi PN, Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Ketua Wanita PN, Rina Harun.
Azmin merupakan menteri besar kedua PH selepas gabungan itu merampas Selangor pada 2008. Sebelum Azmin, PH – dulu melalui Pakatan Rakyat – meletakkan Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim mengetuai jentera kerajaan negeri.
Ekoran kemenangan PH menguasai Dewan Rakyat selepas PRU ke-14 pada 2018, Azmin dibawa ke peringkat pusat menjadi menteri menyebabkan jawatan menteri besar Selangor kosong.
Beberapa nama disebut-sebut menjadi pengganti Azmin – yang ketika itu menjadi timbalan presiden PKR – termasuk Adun Ijok, Idris Ahmad.
Istana Selangor kemudian memutuskan untuk melantik Amirudin – yang dilihat anak didik Azmin – menjadi menteri besar ke-17 negeri itu mulai 19 Jun 2018.
Azmin bagaimanapun meninggalkan PKR – bersama 10 lagi ahli parlimen parti itu – dalam Langkah Sheraton sekali gus membawa kepada kejatuhan PH dan digantikan dengan kerajaan PN.
Dalam PRU ke-15 pada Nov tahun lalu Azmin bertanding mempertahankan kerusi parlimen Gombak namun dia gagal apabila tunduk kepada anak didiknya sendiri itu.
Amirudin mengetepikan Azmin dengan kelebihan 12,729 undi.
Kata Azmin, Amirudin wajar menyedari bahawa dia berada kedudukan menteri besar sekarang adalah hasil usaha yang dilakukannya.
Sementara itu Azmin turut mengambil ruang ucapan berkenaan untuk menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta beberapa menteri lain.
Kata Azmin negara ketika ini memerlukan seorang pemimpin yang mampu memaju kemajuan negara, bukannya tokoh yang seperti selebriti serta gemar menyanyi lagu Azizah – suatu sindiran yang jelas ditujukan kepada bekas presidennya sendiri, Anwar.
“Semasa negara berhadap krisis, kita perlu kepimpinan bukan selebriti, ini bukan masanya (untuk) menyanyi lagi ‘oh Azizah’.
“Ini masanya untuk nyanyi lagu rakyat…rakyat susah,” katanya.
Dia juga menyindir Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, kerana menunggang basikal dalam pejabat.
“Kita nak pemimpin pacu ekonomi negara… nak pacu ekonomi kena naik kuda, bukan naik lembu,” katanya.
Ketika Azmin berucap turut ditayang video membabitkan Anwar sedang menyanyi, Fahmi mengayuh basikal serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menunggang lembu. Mk
Aku yang angkat nama kau dulu – Azmin
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP