Terengganu akan menjadi Kelantan kedua jika tewas
Terengganu akan menjadi Kelantan kedua jika tewas
MARANG: Barisan Nasional (BN) negeri tidak menolak kemungkinan Terengganu akan menjadi Kelantan kedua jika UMNO gagal menguasai kerusi dan tewas pada Pilihan Raya negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Said, berkata UMNO perlu menarik kira-kira 20 peratus ahli parti yang menyokong PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kembali menyokong BN pada PRN nanti.
Katanya, jika BN dan UMNO gagal menarik semula sokongan kira-kira 20 peratus, Terengganu dijangka akan menjadi Kelantan kedua untuk terus mentadbir pemerintahan negeri.
“Jika BN dan UMNO tewas dan gagal menubuhkan kerajaan pada PRN nanti, Terengganu akan ketinggalan sama seperti Kelantan apabila tiada projek pembangunan bagi meningkatkan ekonomi rakyat sama seperti dialami negeri itu selepas PAS menguasai pemerintahan kira-kira 33 tahun.
“Ketiadaan pembangunan dilakukan di negeri itu menyebabkan ramai rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki selepas tiada peluang pekerjaan disediakan di negeri itu,” katanya.
Ahmad yang juga bekas Menteri Besar berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ceramah Perdana Gelombang Biru 2.0 dan Pelancaran Jentera PRN15 BN di Dataran Alur Limbat, di sini, semalam.
Yang turut hadir adalah Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku, Ahli Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Bekas Imam Masjid Rusila, Zuliadin Abdullah.
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, berkata kemudahan infrastruktur di negeri ini juga ketinggalan sama seperti di Kelantan jika PAS kekal memerintah negeri ini.
Katanya, kebanyakan rakyat terutama golongan muda di negeri ini tidak mahu berhijrah mencari pekerjaan di luar negeri ini.
“Golongan itu menjadi penganggur kerana tiada peluang pekerjaan disediakan sejak PAS mentadbir kerajaan negeri selepas memenangi PRU14 lalu.
“Kemenangan UMNO pada PRN nanti penting bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan Kerajaan Perpaduan yang mempunyai hubungan baik untuk menjamin lebih banyak peruntukan pembangunan disalurkan,” katanya.
Ahmad turut menjelaskan, kerajaan negeri dan Pusat perlu sealiran kerana pelbagai masalah akan timbul jika pentadbiran berasingan, terutama mengenai peruntukan.
Justeru, katanya, semua jentera pilihan raya BN dan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan perlu berusaha untuk menarik seberapa ramai pengundi yang menyokong parti itu pada PRU lalu kembali mengundi BN. BH
Terengganu akan menjadi Kelantan kedua jika tewas
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP
You must be logged in to post a comment.