Najib pilihan terakhir selamatkan UMNO dan PH – Penganalisis
Najib pilihan terakhir selamatkan UMNO dan PH – Penganalisis
Pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memberi manfaat kepada semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan.
Penganalisis politik, Murray Hunter berpandangan, Najib ialah aset strategik ‘beku’ yang boleh digunakan bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Menurut beliau, keputusan berhubungan pengampunan dan pembebasan Najib akan dibuat atas sebab praktikal sahaja, bukannya atas tekanan dan desakan UMNO.
“Namun semua ini adalah spekulasi, kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri belum membuat sebarang keputusan muktamad,” katanya seperti dipetik daripada artikel yang disiarkan MySinChew, baru-baru ini.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2023 baru-baru ini, para perwakilan mendesak pembebasan Najib yang juga bekas Presiden parti dilakukan segera agar beliau dapat membantu kempen enam pilihan raya negeri (PRN).
UMNO telah mengemukakan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi Najib yang sedang menjalani hukuman penjara atas sabitan kes SRC International Sdn Bhd.
Hunter berkata, terdapat permainan yang rumit di sebalik pemenjaraan Najib dan Anwar yang juga penasihat Lembaga Pengampunan mempunyai peranan dalam menentukan nasib bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
Beliau memberitahu, Anwar perlu menyeimbangkan dua medan tekanan iaitu desakan UMNO agar Najib diberi pengampunan segera dan pihak lain yang akan membantah sekiranya Najib dibebaskan.
Hunter menambah, mana-mana tindakan yang diambil akan mencetuskan kemarahan yang besar dan menjejaskan kredibiliti kerajaan.
“Konsensus yang praktikal adalah Najib akan diampunkan kira-kira lima tahun selepas hukumannya bermula. Itu mungkin akan berlaku selepas 23 Ogos 2027.
“Kemungkinan besar pengampunan akan diberi selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), apabila kemarahan orang ramai semakin reda,” jelasnya.
Bagaimanapun, kata beliau, keputusan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu boleh memainkan peranan dalam menentukan bila Najib akan diberi pengampunan.
“Jika UMNO dilenyapkan dalam PRN (dan juga Amanah dan PKR), maka bagaimana Pakatan Harapan (PH) dan UMNO dapat beroleh sokongan yang mencukupi dalam PRU16 untuk kembali menjadi kerajaan?
“Anwar pasti tahu hari-harinya sebagai Perdana Menteri sudah boleh dihitung dengan jari,” katanya.
Hunter berpendapat, Najib akan jadi pilihan terakhir untuk menyelamatkan UMNO dan PH memandangkan, PKR gagal menembusi kawasan majoriti Melayu, Amanah mungkin tidak wujud lagi manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih tidak dapat membina semula sokongan terhadap partinya.
Menurut beliau, ramai pihak percaya Najib yang popular dengan gelaran Bossku boleh membina semua kekuatan UMNO.
“Beliau mempunyai karisma di kawasan orang Melayu dan boleh memikat rakyat di kampung. Sekurang-kurangnya itulah yang dipercayai ramai pihak dalam UMNO.
“Jika, PH-UMNO tumpas dalam PRN akan datang, maka pembebasan Najib melalui pengampunan akan menjadi pilihan yang ‘panas’,” ujarnya. MG
Najib pilihan terakhir selamatkan UMNO dan PH – Penganalisis
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP
You must be logged in to post a comment.