‘Kot mana pun, hang guna juga’
‘Kot mana pun, hang guna juga’
Kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar setiap parti bertanding pada pilihan raya secara anak jantan tanpa menggunakan dana dan harta kerajaan disifatkan sebagai pemanis bibir semata-mata.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata rakyat tidak perlu dimomokkan secara berlebihan dengan perkara yang tidak sepatutnya.
“Kalaulah jadi kerajaan hang cerita lah kot mana pun kan, yang itu dia panggil ‘lips decoration’ atau pemanis bibir sajalah, satu dunia tahu kalau dah jadi kerajaan itu, kot mana hang tak guna…guna jugalah.
“(Contohnya) sekarang kita nak pi program parti kita pakat naik Myvi tak ada lagu itu kut kan? Kita masuk pilihan raya, kita kerajaan federal (persekutuan), kamu kerajaan negeri… kita profesional,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas taklimat persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Tiang, di Pejabat Umno Pendang di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Sanusi mengajak setiap gabungan parti yang bertanding pada PRN akan datang bertanding secara ‘anak jantan’ tanpa menggunakan sebarang dana dan harta milik kerajaan.
Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, berkata setiap parti yang bertanding pada PRN perlu berkempen atas kekuatan dan kapasiti parti masing-masing.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata pemimpin politik perlu bijak dalam mengawal emosi dan tidak berpolitik dengan kaedah yang ekstrem.
Ini kerana katanya rakyat kini sudah bijak membuat penilaian.
“Tak payahlah duk buruk orang terlampau hari-hari kan. Cuma kita ceritalah apa yang kita nak buat. Mencucuk orang mengata orang (seperti) jadi satu kegemaran pula mengata orang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata pihaknya yakin pengundi sudah berada pada naratif yang jelas selepas terkeliru membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Katanya, kekeliruan itu berlaku disebabkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ketika itu parti yang menjadi kerajaan.
“Kita pun tak boleh salahkan depa jugalah pada waktu itu tapi hari ini sangat jelas. Di Putrajaya (ada) BN dan Pakatan Harapan (PH), di sini PN (iaitu) PAS dan Bersatu yang jadi pembangkang. Sebab itu saya guna tagline ‘kalih bagi sama’,” katanya. HM
‘Kot mana pun, hang guna juga’
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP
You must be logged in to post a comment.