Sumbangan Tunai Rahmah dibayar secara berperingkat mulai Isnin
Sumbangan Tunai Rahmah dibayar secara berperingkat mulai Isnin
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion akan mula disalurkan secara berperingkat kepada individu yang layak mulai 26 Jun ini.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bayaran itu akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima yang akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing.
“Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Penerima yang mempunyai akaun bank, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank mulai 26 Jun sehingga 5 Julai.
Penerima yang tiada akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, kaedah bayaran adalah secara pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun.
Fasa pertama dan kedua STR sudah disalurkan pada bulan Januari dan April lalu dengan ketiga-tiga fasa berkenaan membabitkan peruntukan berjumlah RM5 bilion bagi tahun 2023.
Pembayaran fasa keempat STR dijangka pada bulan November ini.
Status kelulusan STR Fasa 3 akan dibuka untuk semakan mulai 26 Jun ini dan tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023.
Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. BH
Sumbangan Tunai Rahmah dibayar secara berperingkat mulai Isnin
Baca Artikel Menarik:
- Azri belum cukup duit untuk kahwin dengan Dr Azra
- ‘Abang rider’ selamatkan wanita
- Rohana Jalil ‘pergi’ selepas kami selesai baca Yasin – Haiza
- Razarudin KPN, Ayob Khan timbalan
- Kerajaan bertukar lagi selepas PRN?
- Khabar angin tidak berasas – TMJ
- Ayob Khan di laluan pantas jadi IGP
- Muhyiddin, Hamzah tidak sebulu mengenai masa depan parti, kata sumber
- Arab Saudi perosak bola sepak?
- Bersuaralah pemimpin UMNO, jangan diam sahaja
- Mangsa ketawa peragut larikan rantai emas palsu
- Dua individu miliki nombor MyKad sama
- Isteri curah minyak mendidih pada kemaluan suami
- Berang Diminta Alihkan Motosikal, Penunggang Ini Doakan Tuan Kedai Bankrap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia
You must be logged in to post a comment.