MIC mohon kerusi tetapi keputusan masih belum diketahui
MIC mengesahkan memohon beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu untuk ditandingi parti tersebut pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran bagaimanapun tidak mendedahkan senarai kerusi itu kepada Sinar Premium.
Cuma beliau berkata, MIC menyerahkan keputusan berhubung jumlah kerusi yang di mohon parti itu kepada pihak kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).
“Kita telah serahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan tentang permohonan kerusi itu. Setakat ini, masih belum ada keputusan,” katanya ringkas pada Rabu.
MCA dan MIC Negeri Sembilan sebelum ini berpendapat, tidak sepatutnya mereka tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding pada PRN kelak.
Menurut Ketua MCA negeri, Siow Koi Voon, pihaknya kekal dengan prinsip semua parti komponen yang menyertai Kerajaan Perpaduan perlu diberikan peluang untuk bertanding.
Ketua MIC negeri, Datuk L Manickam pula tidak bersetuju jika parti itu tidak diberi sebarang kerusi.
Sebelum ini, di Pulau Pinang, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, MIC dan MCA negeri berkenaan turut meminta beberapa kerusi untuk ditandingi bagaimanapun sehingga kini masih menjadi tanda tanya.
Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-14, MIC meletakkan sembilan calon iaitu tiga kerusi DUN di Selangor melibatkan Ijok, Sungai Tua dan Sentosa; Kedah (Lunas dan Bukit Selambau);
Pulau Pinang (Bagan Dalam dan Perai); dan Negeri Sembilan (Jeram Padang dan Sri Tanjung).
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azri belum cukup duit untuk kahwin dengan Dr Azra
- ‘Abang rider’ selamatkan wanita
- Rohana Jalil ‘pergi’ selepas kami selesai baca Yasin – Haiza
- Razarudin KPN, Ayob Khan timbalan
- Kerajaan bertukar lagi selepas PRN?
- Khabar angin tidak berasas – TMJ
- Ayob Khan di laluan pantas jadi IGP
- Muhyiddin, Hamzah tidak sebulu mengenai masa depan parti, kata sumber
- Arab Saudi perosak bola sepak?
- Bersuaralah pemimpin UMNO, jangan diam sahaja
- Mangsa ketawa peragut larikan rantai emas palsu
- Dua individu miliki nombor MyKad sama
- Isteri curah minyak mendidih pada kemaluan suami
- Berang Diminta Alihkan Motosikal, Penunggang Ini Doakan Tuan Kedai Bankrap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia