Harapan Kapal Selam Titan makin tipis, bekalan oksigen dijangka habis hari ini

Sebuah kapal selam Titan penyelidik Perancis dilengkapi kapal selam robot kawalan jauh berupaya melakukan pencarian laut dalam tiba dekat bangkai Titanic hari ini untuk menyertai operasi besar-besaran mencari kapal selam Titan yang hilang.

Kapal Atalante tiba sekitar 2 kilometer ke selatan bangkai Titanic selepas pukul 4 petang (waktu Malaysia) ketika bekalan oksigen untuk lima penumpang Titan tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Institut Penyelidikan Perancis untuk Penjelajahan Laut (IFREMER) berkata, kapal itu tiba selepas dikerahkan kelmarin.



Kapal itu membawa Victor 6000 yang merupakan kenderaan dasar laut kawalan jauh berupaya menyelam pada kedalaman 6 kilometer.

Bangkai kapal Titanic berada pada kedalaman sekitar 3.8 kilometer, menjadikannya sukar untuk sampai ke tempat kejadian.

Kapal selam pelancong,  Titan memulakan selaman ke lokasi bangkai Titanic pagi Ahad lalu, namun terputus hubungan dengan kapal sokongan di permukaan laut dua jam kemudian.

Titan membawa bilionair Britain Hamish Harding, Taikun Pakistan Shahzada Dawood dan anak lelakinya Suleman, Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate Expeditions Stockton Rush serta pengendali kapal selam Perancis, Paul-Henri Nargeolet.



Berdasarkan kapasiti Titan menyimpan bekalan oksigen kecemasan selama 96 jam, pasukan penyelamat menganggarkan semua penumpang itu kehabisan udara hari ini. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker