Pertambahan ahli buktikan UMNO terus dapat sokongan

Pertambahan ahli buktikan UMNO terus dapat sokongan

Jumlah pertambahan ahli baharu UMNO, yang mencecah lebih 13,000 orang dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, menunjukkan UMNO terus mendapat sokongan dan masih ramai ingin menyertai parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata sehingga 6 Jun lalu, parti itu mencatatkan seramai 3.44 juta ahli, merangkumi 22,125 cawangan dari 191 bahagian di seluruh negara.



Asyraf Wajdi berkata, walaupun UMNO sering dilabel sebagai parti pilihan ketiga, tidak popular dan tidak diterima anak muda, statistik pertambahan ahli baharu seramai 13,442 orang membuktikan sebaliknya.

“Daripada jumlah keahlian baharu yang mendaftar pada tahun ini, sebanyak 8,876 orang atau 66 peratus adalah mereka yang berusia 18 tahun hingga 30 tahun.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Puteri UMNO atas pertambahan keahlian seramai 4,957 ahli baharu, hanya dalam tempoh dua bulan.

“Ini adalah satu petunjuk positif yang parti kita masih ada pendukungnya, masih ramai yang ingin turut serta dan UMNO parti yang sentiasa terbuka,” katanya ketika menyampaikan laporan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.



Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, empat negeri yang mencatatkan jumlah ahli teramai ialah Sabah, dengan 604,328 orang, diikuti Johor (455,125), Selangor (432,030) dan Kedah (302,939 orang).

Lima bahagian yang mencatatkan jumlah ahli teramai ialah tiga bahagian dari Sabah, iaitu Lahad Datu, Libaran dan Semporna; bahagian Gombak di Selangor dan Baling di Kedah.

“Justeru, fokus dan komitmen yang harus diberikan seluruh kepemimpinan bahagian adalah untuk memastikan mereka menjadi pengundi parti dan membina idealisme, memahami hakikat perjuangan sebenar UMNO.

“Ramainya ahli ini tidak akan bermakna jika tidak dapat digemblengkan usaha menggerakkan mereka untuk bersama dengan agenda parti dan diterjemahkan ke dalam kertas undi,” katanya.



Beliau juga berharap PAU yang berlangsung hari ini dan esok, yang pertama selepas pemilihan UMNO pada Mac lalu, menjadi medan untuk ahli berkongsi pandangan, menyuntik kefahaman dan mencari pendekatan baharu untuk meraih dan mengembalikan sokongan serta keyakinan.

“Jadikan persidangan ini medan untuk mempertautkan kembali ukhwah dan merapatkan saf perjuangan untuk sama-sama memperkasa parti,” katanya. BH

Pertambahan ahli buktikan UMNO terus dapat sokongan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung



Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker