Jocelyn Chia: Pemuda UMNO serah memorandum bantahan ke Kedutaan AS
Jocelyn Chia: Pemuda UMNO serah memorandum bantahan ke Kedutaan AS
PERGERAKAN Pemuda UMNO hari ini menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia susulan kebiadaban rakyatnya, Jocelyn Chia menerusi persembahan komedi berdiri yang tular di media sosial.
Dikepalai oleh ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, penyerahan memorandum turut disertai kira-kira 100 orang anggota Pemuda UMNO yang berarak ke kedutaan tersebut.
Muhamad Akmal berkata, tindakan Chia menghina Malaysia dan juga mangsa nahas penerbangan MH370 nyata tidak boleh diterima serta menaikkan kemarahan ramai pihak.
Oleh disebabkan itu, katanya, Pemuda UMNO kini sedang meneliti beberapa perkara untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Chia kerana apa yang diperkatakan melampaui batas kebebasan bersuara.
“Lawak adalah lawak tetapi mestilah berasaskan fakta dan kita kena tahu apakah sensitiviti sesuatu negara. Lawak yang membuatkan orang terguris itu bukan lawak, lawak mesti datang dengan adab dan sopan santun.
“Kita semalam dah buat laporan polis dan Insya-Allah Pemuda UMNO Malaysia akan tengok dari segi perundangan apakah perkara yang boleh kita minta untuk dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghantar memorandum bantahan di Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, hari ini.
Terdahulu, Chia bertindak keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri ‘Singapore vs Malaysia’ yang dipercayai diadakan di Manhattan, New York, baru-baru ini.
Menerusi klip video dimuat naik menerusi akaun TikTok, Chia turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding negaranya lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.
Sepanjang rakaman video berdurasi satu minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Chia berbaur kata-kata menghina dan memek muka memperlekehkan Malaysia.
Ini termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.
Pada masa sama, Muhamad Akmal menggesa, kerajaan tidak lagi membenarkan Chia daripada memasuki negara ini kerana apa yang beliau lakukan boleh menjejaskan hubungan baik dengan negara jiran, Singapura.
“Kita gesa kerajaan Malaysia haramkan Jocelyn Chia menjejakkan kaki ke bumi Malaysia ini. Yang paling penting Malaysia ini bukan bumi untuk petualang seperti Jocelyn Chia,” katanya lagi. Utv
Jocelyn Chia: Pemuda UMNO serah memorandum bantahan ke Kedutaan AS
Baca Artikel Menarik:
- ‘Warlord’ tak mahu berubah kerana sayangkan jawatan – Akmal
- Ibu Ismail Izzani nafi anak hamilkan anak orang
- Bapa dipecat Finas, Anzalna terus beri sokongan
- Mohon maaf jika ‘suci’ jalin persahabatan, Pemuda Umno beritahu DAP
- Shashic selamatkan aku dari didera ‘ex boyfriend’
- Kejatuhan ringgit dan OPR: Mahathir bidas Anwar
- Wanita potong, curi rantai budak di Jom Heboh didakwa esok
- Singapura mohon maaf lawak melampau Jocelyn Chia
- Kertas siasat Hadi, Shahidan diserah pada Jabatan Peguam Negara
- Kanak-kanak melutut depan ibu di medan selera
- Empat doktor ditahan terlibat aktiviti palsu sijil kelahiran
- Isteri tarik rambut kekasih gelap suami diseret 20 meter
- Duda anak dua didakwa hina Allah, Nabi dan agama Islam
- Rider diburu polis babit kes bunuh dekat Klang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung
Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam