Dating dan chatting yang dituntut
Dating dan chatting yang dituntut
Segalanya bermula dengan doa dan ia adalah amalan paling bagus. Apabila banyak berdoa kepada Allah secara automatik ibadat yang lain akan datang menyusul. Begitu kata Pengasas Sipiritual NLP Training, Dr. Azhar Sarip tentang peranan doa dalam kehidupan seharian
Doa itu adalah senjata mukmin. Ibarat orang bercinta, doa itu adalah umpamanya perbualan melalui telefon. Asyik bercakap di telefon saja, tentunya tidak puas, hendak juga berdating dan chatting. Berdating dengan Allah itu adalah solat, apabila tidak puas berdating kita hendak chatting pula. Chatting itu adalah membaca al-Quran.
Berdoalah sepanjang hari dan setiap saat. Doa itu menghubungkan kita dengan Allah secara rohnya. Yang dikatakan ibadah itu adalah perbuatan maka ia akan menurut setelah amalan rohnya sempurna. Kita kena bermula dengan roh kemudian barulah perbuatan. Doa itu adalah roh, kemudian baru datangnya ibadah.
Jelasnya, doa adalah kunci utama untuk memulakan aktiviti, ia umpama otak ibadat. Protokol doa yang paling baik adalah di dalam surah Al-Fatihah. Surah itu mengajarkan kita secara tertib doa yang betul. Ia dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah, diikuti dengan Asmaul Husna, memuji kekuasaan Allah kemudian barulah dipanjatkan doa.
“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Haya kepada Mu kami beribadat dan hanya kepada Mu kami memohon pertolongan. Tunjuklah kepada kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Al-Fatihah1-7).
9 adab berdoa
Pertama: Berdoalah dengan suara yang lembut dan penuh pengharapan
Kedua: Berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan apa yang diminta
Ketiga: Berdoa dengan mengulangnya sebanyak 3 kali sebagaimana yang sering dilakukan oleh Baginda s.a.w.
Keempat: Mulakan dan akhiri doa dengan berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Kelima: Menghadap kiblat, itu lebih afdal
Keenam: Berdoa dengan mengangkat kedua-kedua belah tangan.
Ketujuh: Berdoalah dalam keadaan berwuduk (suci dari hadas kecil atau besar)
Kelapan: Berdoa sambil menangis
Kesembilan: Berdoa dengan rasa rendah diri
Dating dan chatting yang dituntut
Baca Artikel Menarik:
- ‘Warlord’ tak mahu berubah kerana sayangkan jawatan – Akmal
- Ibu Ismail Izzani nafi anak hamilkan anak orang
- Bapa dipecat Finas, Anzalna terus beri sokongan
- Mohon maaf jika ‘suci’ jalin persahabatan, Pemuda Umno beritahu DAP
- Shashic selamatkan aku dari didera ‘ex boyfriend’
- Kejatuhan ringgit dan OPR: Mahathir bidas Anwar
- Wanita potong, curi rantai budak di Jom Heboh didakwa esok
- Singapura mohon maaf lawak melampau Jocelyn Chia
- Kertas siasat Hadi, Shahidan diserah pada Jabatan Peguam Negara
- Kanak-kanak melutut depan ibu di medan selera
- Empat doktor ditahan terlibat aktiviti palsu sijil kelahiran
- Isteri tarik rambut kekasih gelap suami diseret 20 meter
- Duda anak dua didakwa hina Allah, Nabi dan agama Islam
- Rider diburu polis babit kes bunuh dekat Klang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.