Selamat maju jaya buat ‘warlord’ Umno mahu sertai parti lain – Zahid

Selamat maju jaya buat ‘warlord’ Umno mahu sertai parti lain – Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan selamat maju jaya buat beberapa bekas pemimpin parti itu yang dijangka menyertai parti-parti lain sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Namun pada masa yang sama, dia mengingatkan mereka bahawa Umno sedang menyusun gerak kerja bersama dengan sekutu-sekutunya dalam kerajaan perpaduan bukan sekadar mengekalkan kerusi Umno tetapi juga untuk menawannya.



“Ada soalan yang dituju kepada saya tentang 10 ‘warlords’ daripada Umno yang mungkin ini pertama kali mereka tidak dapat menghadirkan diri ke Perhimpunan Agung Umno (PAU).

“Saya dimaklumkan mereka berhasrat untuk menyertai parti-parti lain. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Walaupun tidak menyebut nama, difahamkan Timbalan Perdana Menteri merujuk kepada beberapa pemimpin antaranya Khairy Jamaluddin, Annuar Musa dan Shahidan Kassim yang dipecat daripada Umno sebelum ini.

“Bagi PRN enam negeri (akan datang) ini kita akan menyusun gerak kerja kita bersama-sama dengan rakan-rakan di dalam kerajaan perpaduan.



“Untuk bukan hanya regain (menawan) tetapi yang penting, matlamat utama retain (mengekalkan) kerusi-kerusi yang ada,” katanya.

Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) mendakwa sekurang-kurangnya 10 ‘warlord’ UMNO dijangka menyertai gabungan itu tidak lama lagi. Mk

Selamat maju jaya buat ‘warlord’ Umno mahu sertai parti lain – Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam



Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker