‘Bossku di dalam atau luar’, ketua bahagian azam terus pulih Umno

‘Bossku di dalam atau luar’, ketua bahagian azam terus pulih Umno

Beberapa ketua Umno bahagian berazam meneruskan usaha memperkukuhkan parti, seiring gesaan pimpinan untuk mara dan menghormati keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan meringankan hukuman penjara Najib Razak, Jumaat lalu.

Mereka mengakui walaupun secara peribadi sedih dengan perkembangan itu, pada masa sama berpendapat perjuangan mengembalikan sokongan rakyat terutama orang Melayu harus diperhebat.



Bercakap kepada FMT, Ketua Umno Port Dickson, Faizal Ramli, berkata pemimpin dan ahli perlu memperkukuhkan parti dengan menarik kembali sokongan Melayu dalam mendepani PRU16 dengan sasaran meningkatkan jumlah kerusi.

“Kita seru ahli istiqamah dan sokong kepimpinan ada, pastikan kita kembali dominan walaupun diakui agak mustahil dalam keadaan politik tidak menentu kini.”Mungkin kita dapat tambah kerusi sedia ada daripada 30 kepada sekurang-kurangnya 60. Boleh tambah kekuatan berbanding sekarang,” katanya.

Beliau mengulas gesaan Naib Presiden Umno, Johari Ghani Ahad lalu supaya ahli parti menghormati dan menerima keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan meringankan hukuman penjara kepada enam tahun dan denda RM50 juta terhadap Najib.

Johari menjelaskan, pemimpin dan ahli Umno kini patut menumpukan usaha membaik pulih dan memperkukuh parti, katanya selepas perjumpaan tertutup selama dua jam antara Presiden Umno Zahid Hamidi dengan 191 ketua bahagian parti itu, lapor Berita Harian.



Ketua Umno Batu, Ghulam Muzaffar Gulam Mustakim, berkata urusan bahagiannya berjalan seperti biasa baik bekas perdana menteri itu berada di luar atau dalam penjara.

“Ya ‘business as usual’ (berjalan seperti biasa), apa pun berlaku Bossku (Najib) dalam (penjara) atau di luar (penjara) kita kena perkukuh dan perkuat parti,” katanya sambil menggunakan gelaran yang dikaitkan dengan Najib.

Namun, Ghulam berpendapat jika ditakdirkan Najib dibebaskan lebih awal, bekas presiden parti itu boleh membantu usaha pemulihan dan memenangkan Umno seperti PRN Melaka dan Johor, sebelum beliau dipenjarakan.

Ketua Umno Beruas Azhar Ahmad pula berkata pemimpin parti perlu memfokuskan isu ekonomi rakyat kerana “terlalu banyak cerita politik kepartian”.



Beliau turut mengingatkan semua pihak berlapang dada dengan keputusan Lembaga Pengampunan, termasuk menanti rayuan baharu kepada badan itu supaya Najib mendapat pengampunan penuh.

“Semua orang boleh merayu tapi terpulang kepada kuasa pengampunan iaitu Raja-raja Melayu. Tentu ada kebijaksanaan. Ya kita merayu untuk membebaskan pemimpin yang kita sayang, tapi sebarang keputusan kita akur.

“Terimalah keputusan itu dengan penuh penghormatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sesuai dengan semangat ketaatan, setia kepada raja dan negara,” katanya. FMT

‘Bossku di dalam atau luar’, ketua bahagian azam terus pulih Umno



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen



Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker