Akaun media sosial Jocelyn digantung

Akaun media sosial Jocelyn digantung

Akaun Instagram (IG) dan Twitter pelawak komediri, Jocelyn Chia yang mempersendakan Malaysia dan tragedi MH370 sudah digantung sejak lewat malam tadi, berkemungkinan disebabkan banyak laporan dibuat oleh netizen Singapura.

Semakan menerusi IG pelawak itu di https://www.instagram.com/chiacomedy/, berakhir dengan mesej, ‘Maaf, halaman ini tidak tersedia’.

Pautan yang anda ikuti mungkin berdepan masalah teknikal atau mungkin dialih keluar. Kembali ke Instagram’.

Jenaka Jocelyn yang menyinggung perasaan turut tidak disenangi rakyat Singapura.

Seorang pengguna IG mendakwa, warga Singapura melihat jenaka Jocelyn hanyalah ucapan berbaur kebencian.

“Saya warga Singapura, saya sudah membuat laporan polis mengenai ucapan yang berbaur kebencian ini. Cuba dengan lebih gigih pada lain masa,” tulisnya di IG Jocelyn malam tadi, sebelum akaun pelawak itu digantung.

Terdahulu, Jocelyn bertindak menutup ruangan komen apabila IGnya diserang pengguna media sosial gara-gara jenaka sensitif dan keterlaluan yang dibuatnya berkenaan Malaysia.

Dalam video yang bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ itu, Jocelyn membuat beberapa jenaka keterlaluan, salah satunya mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370, yang didakwa ‘tidak mendarat’ dengan mimik muka mengejek.

Seorang lagi warga Singapura berkongsi komen Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Jeneral di Facebook Johor Bahru dengan idea supaya Jocelyn diberikan ‘pengajaran’.

Jocelyn didakwa menjadikan Malaysia sebagai bahan lawak ketika persembahan komediri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok, pelawak itu turut secara sengaja menghina seorang penonton persembahannya yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Jocelyn turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun berbanding negaranya yang lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, dalam satu kenyataan hari ini berkata, Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan kata-kata atau tindakannya sama sekali tidak mencerminkan pandangan negara itu. BH

Akaun media sosial Jocelyn digantung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker