Hadi dan Shahidan bakal didakwa?
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyelesaikan siasatan ke atas dua pemimpin pembangkang berhubung isu menjatuhkan kerajaan.
Kata Saifuddin, kertas siasatan tersebut sudah diserahkan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya, siasatan itu dilaksanakan oleh PDRM membabitkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim.
“PDRM menjalankan siasatan ke atas dua laporan polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 ke atas kenyataan ahli parlimen Arau (Shahidan) berkaitan rancangan untuk menjatuhkan kerajaan perdana menteri.
“Selain itu siasatan juga mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ke atas kenyataan dalam video ahli parlimen Marang (Abdul Hadi) berkaitan menumbangkan kerajaan sedia ada melalui sistem demokrasi negara,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, semalam.
Saifuddin berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mengenai tindakan kerajaan terhadap pihak yang merancang menjatuhkan kerajaan perpaduan, khususnya ahli parlimen yang mengeluarkan kenyataan yang dianggap bersifat menderhaka.
Pada Dis tahun lalu Malaysiakini antara lain melaporkan Shahidan mendakwa usaha sedang dibuat untuk memastikan PN menjadi kerajaan.
Dalam sidang media selepas kempen PN di Padang Serai itu bekas menteri besar Perlis yang kini menjadi ahli PAS berkenaan memberi gambaran betapa kabinet Anwar Ibrahim tidak akan bertahan lama
“Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan kabinet Anwar Ibrahim. Kita redalah apa yang berlaku.
“Jadi kami sedang berusaha supaya kabinet ini tidak tahan lama dan insya-Allah kami yang akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat,” katanya.
Abdul Hadi pula dilaporkan berkata menjangkakan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan tumbang “tidak lama lagi”.
Berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur pada Mac lalu, dia bagaimanapun tidak menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat .
“Orang tanya bila berlaku ini. Ini ramalan.
“Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat,” katanya.
Kata Saifuddin, PDRM kini sedang menunggu arahan lanjut daripada pihak AGC.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Warlord’ tak mahu berubah kerana sayangkan jawatan – Akmal
- Ibu Ismail Izzani nafi anak hamilkan anak orang
- Bapa dipecat Finas, Anzalna terus beri sokongan
- Mohon maaf jika ‘suci’ jalin persahabatan, Pemuda Umno beritahu DAP
- Shashic selamatkan aku dari didera ‘ex boyfriend’
- Kejatuhan ringgit dan OPR: Mahathir bidas Anwar
- Wanita potong, curi rantai budak di Jom Heboh didakwa esok
- Singapura mohon maaf lawak melampau Jocelyn Chia
- Kertas siasat Hadi, Shahidan diserah pada Jabatan Peguam Negara
- Kanak-kanak melutut depan ibu di medan selera
- Empat doktor ditahan terlibat aktiviti palsu sijil kelahiran
- Isteri tarik rambut kekasih gelap suami diseret 20 meter
- Duda anak dua didakwa hina Allah, Nabi dan agama Islam
- Rider diburu polis babit kes bunuh dekat Klang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)