Mohamed Salah Diangkat Sebagai Hero Selepas Tembak Mati Tiga Tentera Israel

Mohamed Salah Diangkat Sebagai Hero Selepas Tembak Mati Tiga Tentera Israel

Israel telah memulangkan jenazah pegawai polis Mesir yang bernama Mohamed Salah Ibrahim yang menembak mati tiga tentera Zionis berhampiran sempadan antara kedua-dua negara pada Sabtu lalu, lapor i24 News.

Tentera Mesir berkata Salah telah menyeberang ke Israel sambil mengejar penyeludup dadah, yang membawa kepada tembak-menembak dengan tentera Israel.



Tetapi bagi pemimpin Zionis mereka menganggap bahawa tindakan Salah itu adalah serangan pengganas dan menuntut siasatan bersama yang menyeluruh.

Seorang saudara dan sekutu Salah memberitahu BBC bahawa sepanjang mengenali Salah, dia bukan seorang ekstremis, apalagi pengganas.

Menurut tentera Israel, dua askar Israel—Staf Sarjan Uri Iluz (20) dan Sarjan Lia Ben-Nun (19)—yang ditempatkan di lokasi terpencil di sepanjang sempadan ditembak mati pagi Sabtu. Mayat mereka ditemui selepas pegawai kanan tidak dapat menghubungi mereka melalui panggilan radio, lapor The Times of Israel.

Selepas operasi mencari, penyerang telah dikepung dan berbalas tembakan berlaku. Askar ketiga, Staf Sarjan Ohad Dahan, 20, meninggal dunia bersama penyerang, yang menurut tentera Israel adalah anggota polis Mesir.



Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberitahu mesyuarat kabinet pada hari Ahad, “Israel menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Mesir. Kami berharap siasatan bersama akan lengkap dan teliti.”

“Kami akan mengemas kini prosedur dan kaedah operasi dan langkah untuk memastikan penyeludupan [dadah] pada tahap minimum dan memastikan serangan pengganas tragis seperti ini tidak berulang lagi,” katanya. Vc

Mohamed Salah Diangkat Sebagai Hero Selepas Tembak Mati Tiga Tentera Israel

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung



Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker