Perkara ajaib ciptaan Allah yang terlalu banyak manfaatnya kepada makhluk
Perkara ajaib ciptaan Allah yang terlalu banyak manfaatnya kepada makhluk
“Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirehat dan Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha.” Surah al-Furqan:47
Sesungguhnya malam merupakan salah satu perkara ajaib yang diciptakan Allah bukan sahaja kepada manusia bahkan alam semesta, kerana di dalamnya mengandungi banyak kelebihan.
Allah menjadikan malam dengan keadaannya gelap gelita bukan kerana saja-saja, atau mudah untuk melelapkan mata. Tetapi keadaan gelap gelita itu sebenarnya mengandungi pelbagai rahsia yang tersurat mahupun tersirat.
Di dalam Tafsir Ibnu Kathir, malam adalah waktu di mana semua aktiviti manusia berhenti bagi memberi kerehatan pada tubuh, setelah banyak melakukan aktiviti mencari rezeki di siang hari. Maka itu manusia memerlukan tidur yang mencukupi, supaya keperluan tubuh merangkumi jasmani dan rohani dapat berfungsi dengan baik apabila menjelang keesokan harinya.
Malam adalah waktu dari terbenamnya matahari sehingga terbit fajar. Allah S.W.T. menjadikan malam sebagai anugerah yang tidak ternilai kepada umat manusia sebagaimana firmannya dalam surah al-Naba’: 9-11.
“Dan Kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat, dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian, dan Kami menjadikan siang untuk mencari penghidupan.”
Jika kita lihat komposisi dalam ayat tersebut, malam diumpamakan seperti pakaian yang menutup alam dengan kegelapannya. Kejadian malam dikhususkan untuk manusia beristirehat setelah melakukan pekerjaan di siang hari. Manakala waktu siangnya pula adalah jangka masa yang diperuntukkan untuk melakukan pelbagai aktiviti kehidupan seperti mencari nafkah, beriadah dan sebagainya.
Walaupun ayat ini dikhususkan untuk manusia, namun manfaatnya turut dirasai oleh ciptaan Nya yang lain seperti haiwan, tumbuhan dan alam semesta.
Tidur di malam hari sememangnya punya kelebihannya tersendiri berbanding siang hari. Tidur di malam hari dapat mengembalikan semula tenaga dalam tubuh badan serta menjadikan diri kita segar bugar untuk melakukan pekerjaan pada keesokan hari.
Selain itu, Allah menciptakan siang dan malam silih berganti bagi membuktikan dan menunjukkan Dia lah tuhan yang paling berkuasa ke atas segala sesuatu bertepatan dengan firman Nya,
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari kurnian Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar.” Surah ar-Rum: 23.
Bagi orang yang beriman, mereka melihat perubahan siang dan malam sebagai tanda kekuasaan Allah sehingga mereka mengagumi kebesaran Nya serta bersyukur dengan limpah kurnia Nya. Sedang orang kufur, mereka hanya melihat perubahan siang dan malam tidak lain salah satu dari fenomena alam.
Bukan itu sahaja, rahsia bergantinya siang dan malam merupakan asbab kepada hitungan hari, bulan dan tahun kepada manusia. Firmannya dalam surah al-Isra: 12
“Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kekuasaan Kami), lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang agar kamu mencari kurniaan daripada Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan hitungan masa. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas”
Selain itu, Allah menciptakan malam dalam keadaan alam gelap dan senyap sunyi kerana Allah ingin menciptakan waktu terbaik dan paling ideal untuk hamba Nya bersendirian merintih dan memadu kasih dengan khusyuk kepada Nya.
“Sesungguhnya saat-saat di waktu malam itu lebih kuat untuk khusyuk. Sesungguhnya bagimu waktu siang itu cukup panjang untuk pelbagai urusan atau sebutlah (ingatilah) selalu nama Tuhan mu dan beribadahlah kepada Nya sepenuh hatimu”
Waktu malam adalah sebaik-baik waktu bagaimana Allah ingin menguji kasih dan cinta seorang hamba kepada tuhannya. Dek kerana itulah, Allah mengurniakan ganjaran yang sangat besar kepada seorang hamba yang sudi meluangkan masanya kepada Allah di malam hari. Dan inilah sebenarnya rahsia serta kurniaan paling besar ketika malam gelap gelita. Wallahu a’lam. Utv
Perkara ajaib ciptaan Allah yang terlalu banyak manfaatnya kepada makhluk
Baca Artikel Menarik:
- Anak Hamzah cuti sakit hari pertama prosiding mahkamah
- Syarleena lapor polis terhadap Sanusi atas dakwaan keluar perkataan lucah
- Awie raih kutipan RM161 juta untuk semua filem
- PAS dulu pun suruh ahli undi DAP, kini bersama Gerakan yang tentang hudud
- Guru ditahan, disyaki rogol 27 gadis
- Mahathir akan jumpa Muhyiddin
- Bekas ahli mahu Umno ‘ranap’, senang kembali kuasai parti
- Along pecahkan cermin kenderaan lima jiran rugi RM5,000
- Menuju PRN: Masih nak sayang pemimpin ‘poyo’?
- Kelar tangan selepas bini tegur beli jam mahal
- Pelanggan mengamuk di kedai nasi dagang sebab mahu dipanggil sebagai ‘abang’ dan ‘baby’ [VIDEO]
- Lelaki pukul kepala pemandu wanita diberkas polis
- Semua orang tahu dia jual tanah – Mahathir
- SPRM buka kertas siasatan, teliti dokumen PN terima dana judi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET