Subsidi hanya dikurangkan untuk orang kaya, jangan dipolitikkan, tegas Anwar

Subsidi hanya dikurangkan untuk orang kaya, jangan dipolitikkan, tegas Anwar

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membidas kenyataan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) berhubung kerajaan mengurangkan subsidi kepada rakyat yang menyebabkan mereka terbeban masa ini.

Beliau mempersoalkan dakwaan Radzi itu dan berkata pengurangan subsidi hanya dibuat kepada golongan berpendapatan tinggi (T20) dan bukannya majoriti rakyat.

“Bila sebut pengurangan subsidi, di mana kurang? Yang kurang itu untuk orang kaya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Radzi dalam sesi pertanyaan kepada perdana menteri di Dewan Rakyat.

“Kita kurangkan subsidi elektrik untuk yang ‘maha kaya’. Kenapa nak jadikan isu politik?”
Sebelum itu, Radzi berkata kenaikan harga barangan ketika ini selepas kejatuhan nilai ringgit dan pengurangan subsidi kepada rakyat telah mencengkam kehidupan mereka.

Susulan itu, Radzi bertanya apakah tindakan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak sengsara pada masa ini.

Ahli Parlimen Tambun itu juga menegaskan bahawa pengurangan subsidi untuk golongan T20 adalah untuk memastikan ia tidak membebankan golongan rakyat yang berpendapatan rendah (B40).

“Kamu sudah kaya benar… takkan Tabung Haji nak subsidi ke Mekah? Ini memang ada rungutan, tetapi saya tegas perkara itu kita mesti kurangkan,” katanya.

Pada 22 Mei lalu, Anwar berkata kerajaan tidak lagi akan memberi subsidi kepada golongan T20 bagi penggunaan elektrik dan bantuan kewangan haji.

Beliau berkata sistem penyelarasan data – Pangkalan Data Utama (Padu) – yang dijangka siap akhir tahun ini akan mengurus serta menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan layak.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata, pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi.

Lembaga Tabung Haji pula menetapkan bantuan kewangan haji (Hafis) bagi ibadah haji tahun ini diperuntukkan kepada jemaah muassasah B40 dan M40 yang pertama kali menunaikan haji saja, manakala jemaah muassasah T20 yang berpendapatan lebih RM15,000 akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji.

Sementara itu, Anwar berkata mengenai peningkatan kos makanan import susulan kejatuhan ringgit, beliau telah mengarahkan kementerian berkenaan untuk memantau perkara itu.

Beliau bagaimanapun memuji masalah harga ayam dan telur masa ini dapat dikawal dan tidak seteruk pada tahun lalu. FMT

Subsidi hanya dikurangkan untuk orang kaya, jangan dipolitikkan, tegas Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker