Penterjemah bahasa maut, lima suspek ditahan

Penterjemah bahasa maut, lima suspek ditahan

CHUKAI: Polis menahan lima suspek berhubung kes kematian membabitkan seorang warga asing yang juga penterjemah bahasa, dekat sini, pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Kemaman, Deputi Superintendan, Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, polis menerima laporan daripada pegawai perubatan berhubung kes terbabit kira-kira jam 8 pagi.



Beliau berkata, mangsa yang mengalami kesan luka di bahagian belakang badan dihantar ke wad kecemasan Hospital Kemaman.

“Doktor yang bertugas mengesahkan kematian mangsa dan membuat laporan kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Muhamad berkata, siasatan awal mengesyaki mangsa yang bekerja sebagai penterjemah bahasa dicederakan dengan menggunakan senjata tajam.

“Kejadian itu berlaku di asrama pekerja kilang dan polis segera melancarkan gerakan dan menahan lima suspek untuk membantu siasatan,” katanya.



Beliau berkata, lima suspek yang ditahan itu terdiri daripada tiga warga Myanmar, seorang rakyat tempatan dan seorang warga China berusia antara 25 hingga 40 tahun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil memberikan kerjasama dengan menghubungi polis di talian 09-8592222 atau menghubungi Asisten Superintendan Polis Sayed Mohd Faizal Sayed Baharom di talian 013-2818787. BH

Penterjemah bahasa maut, lima suspek ditahan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zainal tak malu mengaku guna botox



Liza Hanim kecewa bakat tidak dihargai

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker