Cubaan merogol adik perempuan berumur 8 tahun, abang kandung berusia 14 tahun didakwa

Gambar Hiasan

Seorang remaja lelaki mengaku bersalah atas tuduhan cuba merogol adik perempuannya yang berusia lapan tahun ketika dia berusia 14 tahun, lapor laman berita Mothership hari ini.

Remaja yang kini berusia 17 tahun itu didakwa atas dua pertuduhan iaitu percubaan merogol dan serangan seksual. Tertuduh juga merakam gambar lucah adiknya.

Remaja itu tinggal di sebuah rumah pangsa bersama ibu bapa, datuk, nenek, seorang abang dan adik perempuannya.

Pada Jun 2020, remaja itu tinggal bersendirian dengan adik perempuannya di dalam bilik tidur. Dia meminta mangsa menanggalkan pakaian dan cuba memperkosanya, namun gagal.

Tertuduh merakam gambar lucah mangsa sebelum keluar daripada bilik. Dia meminta mangsa melupakan perkara itu dan memadamkan gambar tersebut.

Dua bulan kemudian, pada Ogos 2020, tertuduh menghantar mesej teks kepada seorang rakan dan berkongsi rahsia mengenai perkara itu.

Remaja itu bertindak semula dua tahun kemudian antara Februari dan Julai 2022. Hanya adik perempuan dan abangnya yang berada di rumah ketika itu.

Tertuduh cuba menyerang mangsa secara seksual selepas memasuki biliknya ketika dia sedang tidur.

Apabila ibunya pulang ke rumah dan bertanya apa yang mereka buat, tertuduh berbohong dan berkata bahawa dia membantu mangsa memeriksa kemaluannya yang sakit.

Ibu mereka percaya alasan tersebut, namun meminta remaja lelaki itu tidak mengulangi perbuatannya.

Namun pada 2022, rakan tertuduh melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah. Bapanya kemudian membuat laporan polis pada 25 Ogos 2022.

Perbicaraan seterusnya untuk kes budak lelaki itu diadakan pada Jun ini. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker