Bunuh dan bakar kekasih hamil, pelaku kejam didakwa esok

Seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pendakwaan ke atas suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Sungai Besar.

“OKT (Orang Kena Tahan) bagi kes bunuh berkenaan akan dituduh di mahkamah tersebut esok. Pendakwaan ke atas suspek dijangkakan pada sebelah pagi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kosmo! kelmarin melaporkan reman ke atas lelaki berusia 20 tahun itu disambung selama lima hari sehingga Jumaat ini dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek selama dua hari bermula Isnin minggu lalu selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut pelayan restoran itu, suspek dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker