Hanya disebabkan hati, wajahnya jadi begini
Hanya disebabkan hati, wajahnya jadi begini
Kisah 1: Wajahnya putih berseri, langsung tiada jerawat mahupun jeragat, mulus kulitnya bak bayi yang baru dilahirkan. Pipi umpama pauh melayang, bibir mungil tampak menarik berserta lesung pipit di pipi serta mata yang bulat kebiruan. Namun tiada yang mendekati, tiada yang menyukai sehingga sampai sekarang tiada teman hidup. Mungkinkah orang cantik, susah untuk didekati?
Kisah 2: Di penjuru masjid, ada sesusuk tubuh manusia, kulitnya gelap hitam, dengan parut-parut jerawat memenuhi segenap wajahnya. Namun jemaah masjid sentiasa mendekatinya, suka mendengar suaranya, suka memandang wajahnya, sehingga dia dipinang oleh wanita yang sempurna fizikalnya.
Apabila ditanya bakal isterinya akan pesona lelaki gelap itu, katanya,
“Hitam itu warna kulitnya yang dianugerahkan Allah. Jika hitam itu kekurangan, mana mungkin dia mampu mengingati 30 juzuk al-Quran. Manusia memandang rupa, tapi Allah memandang amalannya.”
Situasi di atas kadang bingung memikirkannya. Tetapi Umar al-Khattab pernah menyebut,
“Barang siapa yang jernih dalam batinnya, akan diperbaiki Allah apa yang nyata pada zahir wajahnya.”
Ungkapan Umar itu turut disokong oleh Habib Munzir yang mengatakan
“Jiwa yang banyak mengingat Allah, maka wajahnya akan memancarkan cahaya.”
Ternyata ia bukan cakap kosong kerana Allah jua berfirman dalam surah az-Zumar: 22
“Apakah orang yang dilapangkan hatinya oleh Allah untuk menerima Islam, ia dikurniakan oleh Allah dengan suatu cahaya.”
Hal ini sudah tentu berbeza apabila resam manusia melihat kecantikan hanya bersandarkan fizikal dan luaran seseorang. Lantas, orang yang berwajah tampan dan cantik, maka dialah yang selalu dijulang sekalipun amalannya pada agama tidaklah seberapa!
Sedangkan wajah nan sebaliknya, sering dikaitkan dengan keburukan sekalipun dahinya tidak pernah terlupa untuk sujud di bumi Allah ini.
Bilal bin Rabah antara contoh terdekat yang boleh dijadikan iktibar. Ada banyak kisah baik mengenainya. Ternyata rupa yang buruk bukan ukuran meraih cinta dan rindu Allah serta seluruh penghuni langit. Buktinya tatkala Rasulullah s.a.w. ditanya oleh malaikat Jibril kerana tiadanya laungan azan Subuh seperti mana biasa. Sudah tentu soalan tersebut mengejutkan Rasulullah s.a.w kerana azan Subuh masih dilaungkan tetapi oleh orang lain yang mendakwa lebih fasih dan merdu daripada Bilal.
Ternyata cantik dan bagus pada manusia belum tentu dapat menarik perhatian Allah. Dan bermula daripada hari itu maka tanggungjawab melaungkan azan diserahkan kembali kepada Bilal sehinggalah Rasulullah s.a.w wafat.
Terdapat juga sebuah athsar daripada seorang sahabat, Abdullah bin Mas’ud ra, yang menyatakan,
“Kebaikan itu akan memberikan cahaya pada wajah”.
Malah Ali bin Abi Talib juga pernah berkata,
“Lintasan fikiran atau perasaan seseorang akan Allah tampakkan pada zahir (tampil) mereka”.
Bayangkan, jika seorang mukmin yang selalu berzikir kepada Allah, maka Allah akan nampakkan kemuliaan pada dirinya.”
Menurut Dr Mohd Zohdi Mohd Amin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), air muka yang tenang seperti yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat adalah hasil daripada kesucian hati serta keikhlasan dalam beribadat kepada Allah.
Bahkan cahaya yang meliputi wajah hamba yang beriman adalah anugerah daripada Allah dan amat berkait rapat dengan hati. Lantas hati yang bersih akan mempamerkan wajah yang bersih, tetapi wajah yang bersih bukan petanda pada kesucian hati seseorang.
Ternyata cahaya di wajah adalah anugerah ketika di dunia sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur: 35
“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak daripada pohon yang barakah, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.
Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
Sementara itu Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk-Nya dalam kegelapan jiwa (yang sentiasa mengajak kepada keburukan). Kemudian pada hari yang sama Dia memercikkan sebahagian daripada percikan cahaya-Nya kepada mereka.
Barang siapa yang pada hari itu tepat terkena percikan cahaya-Nya, bererti ia mendapat petunjuk (menuju syurga). Dan barang siapa yang tidak terkena percikan cahaya-Nya, ia akan tersesat daripada jalan kebenaran. Oleh kerana itu, aku katakan telah kering pena untuk mencatat ketentuan Allah (semuanya telah diputuskan)” (HR Imam Ahmad).
Itulah yang dimaksudkan dengan percikan cahaya, cahaya keimanan di hati dan lahir di wajah. Orang ini ialah orang yang bertakwa kepada Allah tanpa mengehendaki dunia walau sedikit pun, tetapi menjadikan dunia sebagai jalan untuknya menuju syurga Allah. Wallahu a’lam Utv
Hanya disebabkan hati, wajahnya jadi begini
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum