Orang Malaysia suka konten ‘bangang’ – Ifa Raziah

Orang Malaysia suka konten ‘bangang’ – Ifa Raziah

USAHAWAN dan penyanyi, Ifa Raziah atau Saripah Raziah Mustapha berpendapat, setiap perkongsian video yang dimuat naik di media sosial sehingga tular di pelbagai platform dianggap sebagai strategi pemasaran untuk perniagaannya.

Malah, sekitar 14 Mei lalu, Ifa teruk dimaki oleh netizen kerana bergelek punggung bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri di TikTok.

Jelas selebriti berusia 47 tahun itu, dia akui video tersebut hanya sekadar hiburan selain menyifatkan tiada isu bersentuhan selain pakaianya juga tidak terlalu terdedah.

“Apa salahnya viral, setahun sekali saja saya ‘belanja’. Adakah salah saya nak bagi hiburan pada rakyat Malaysia?

“Lagipun saya tak bersentuhan dengan Aliff Syukri. Lain lah tahun lepas, saya bertepuk bertampar juga. Saya buat video itu di depan suami saya dan isteri Aliff, Datin Seri Shahida.

“Saya pun tak pakai pakaian yang menjolok mata, cumanya saya tak pakai tudung saja. Maaflah, saya cakap, yang pakai tudung pun buat konten lebih teruk dan lucah daripada saya,” katanya kepada URTV.

Pernah berkongsi konten berbentuk positif di media sosial, namun Ifa akui perkongsiannya itu tidak mendapat respon daripada orang ramai selain kurang ‘like’.

Katanya, orang Malaysia lebih menyukai konten ‘bangang’ berbanding konten elok yang boleh menimbulkan usikan dan ejekan netizen untuk memaki hamun terhadapnya walaupun dia sendiri tidak membaca komen-komen negatif tersebut.

“Saya buat konten yang elok, tak dapat pun ‘fyp’, tak viral pun. Bila saya buat video ‘bangang’ dengan tak ada dialog, laju saja viral.

“Terbukti, orang Malaysia memang suka melihat konten ‘bangang’ itu supaya saya senang dikutuk sedangkan saya tak baca pun komen tu. Apa-apa pun terima kasih sebab viralkan,” jelasnya yang ditemui di SukeTV Raya dan Sambutan Ulang Tahun Pertama SukeTV di sebuah restoran di Cheras, Kuala Lumpur.

Ditanya juga mengenai respon maki hamun netizen terhadapnya, Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendors itu sudah kebal dan lali dengan cacian tersebut.

Susulan itu, Ifa yang juga penyanyi dangdut berang apabila dikatakan genre muzik tersebut sudah tidak relevan sedangkan ramai anak muda generasi kini membuat konten bersama lagu dangdut.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 48 tahun itu turut meminta maaf jika ada yang tidak selesa dengan tindakannya dalam video viral berkenaan, dan akui sebagai penari dangdut, sudah menjadi perkara biasa baginya bergelek sebegitu.

“Foodstival Star Vendors pula akan diadakan di Melaka, pada 26 Mei sehingga 28 Mei ini, jangan lupa datang,” katanya ketika ditemui di sambutan raya dan ulang tahun kali pertama Suke Tv di sebuah restoran yang terletak di Cheras.

Tambahnya, dia mengerti apabila selebriti lain mahu menubuhkan organisasi jualan sepertinya dan meminta untuk tidak bermain kotor dalam perniagaan. Utv

Orang Malaysia suka konten ‘bangang’ – Ifa Raziah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker