Khairy saman Jamal RM1 juta

Khairy saman Jamal RM1 juta

Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah berjumlah RM1 juta terhadap Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos.

Peguam Khairy memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Mei lalu.

Writ saman bekas menteri itu berkisar sidang media Jamal ketika Perhimpunan Agung Umno di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur pada 14 Januari lalu.

Ketika sidang media itu, Jamal dilaporkan berkata dia akan membuat aduan kepada lembaga disiplin Umno terhadap Khairy berhubung dakwaanya ada usaha untuk membawa “pengundi hantu” ke perhimpunan itu.

Kemudian, pada 27 Januari, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengumumkan Khairy dan beberapa pemimpin lain dipecat berhubung tuduhan melanggar disiplin parti ketika PRU15.

Menurut salinan pernyataan tuntutan saman itu yang dilihat Malaysiakini, Khairy antara lain mendakwa kenyataan Jamal ketika sidang media itu membayangkan dia sebagai individu yang tiada integriti dan kewibawaan sebagai pemimpin dan terlibat dengan rasuah untuk menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota Umno demi kepentingan peribadi. Mk

Khairy saman Jamal RM1 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker