Warga emas yang mati semasa operasi anjing liar, polis klasifikasikan sebagai mati mengejut
Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang warga emas yang didakwa rebah semasa operasi menangkap anjing liar di Taman Saga, Bentong pada Rabu lepas yang tular melalui media sosial, sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Bentong mengesahkan punca kematian lelaki berusia 79 tahun itu adalah akibat respiratory arrest secondary to acute exacerbation of chronic obstructive pulmonary disease.
Beliau berkata terdapat dua laporan polis dibuat pada hari kejadian iaitu daripada petugas Majlis Perbandaran Bentong (BPB) berusia 55 tahun dan anak perempuan mangsa berumur 53 tahun yang memaklumkan bapanya telah rebah dan pengsan di depan rumah.
Polis juga selesai merakamkan percakapan petugas MPB itu dan anak mangsa serta beberapa saksi kejadian.
“Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian atau membuat komen tidak wajar melalui media sosial atau membangkitkan isu perkauman,” katanya menerusi kenyataan di sini lewat malam tadi.
Zaiham juga memohon saksi yang turut menyaksikan kejadian untuk membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melalui talian 09-2222222 atau balai polis berdekatan.
Pada Rabu, tular dakwaan seorang lelaki maut di Taman Saga semasa dikatakan cuba menghalang kakitangan majlis perbandaran menangkap anjing peliharaannya pada operasi anjing liar di kawasan perumahan berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun turut meminta orang ramai untuk menunggu hasil siasatan penuh pihak polis, dengan MPB memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa.
Beliau berkata operasi kendalian Unit Haiwan Liar dan Terbiar, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran yang melibatkan 10 individu termasuk empat kontraktor dilantik MPB dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin pertimbang saman Anwar
- Jangan berkecil hati, sahabat ku
- Durian serendah RM7 laku keras musim panas
- Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai
- Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
- Sofia Jane macam vampire, tak pernah tua
- Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah
- Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar
- Imam rebah, meninggal dunia selepas set pertama main badminton
- Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik
- Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
- Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar
- Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar
- Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik
Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)
Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)
Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)